Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Breakfast Di Restoran Haslam Cafe Jalan Pahang Kuala Lumpur

Jumaat pagi, aku ada jumpa member, klien dan juga coming soon nak jadi Partner aku dalam business consultant ni. Sebab tu, aku cadang nak Breakfast Di Restoran Haslam Cafe Jalan Pahang Kuala Lumpur. Alhamdulillah, boleh aku expand the market lepas ni. Brother ni kerja di syarikat KPJ ni, Marketing Manager dan sememangnya dia buat marketing.

Mungkin sebab dia dah biasa dalam bidang marketing, dia berminat nak join business aku.

Dah sampai sana, tempat yang best untuk breakfast, mesti la Restoran Haslam Haslam di Jalan Pahang Barat yang berada betul-betul depan Tawakkal Hospital ni. Memang senang nak nampak restoran Haslam Cafe ni.

 

 

 

Menu kat Restoran Haslam Cafe ni best. Macam-macam ada. Ada nasi lemak, nasi biasa, mee dan meehun goreng, kuey teaw dan kuih muih. Banyak jenis, korang boleh pilih mana satu selera korang. 

Aku cuba Meehun Ayam Goreng dan Kuih. Minum pulak macam biasa la Teh Tarik. Best, memang sedap. Lagipun servis pelayan kat sini memang superb. Staff ramai dan korang tak perlu tunggu lama. Berbaloi juga makan di sini, boleh pilih makan di luar, dalam ada kipas dan ada slot bilik yang beraircond. Best. Aku memang suggest kalau nak makan sini. Sedap, selesa, servis best dan semestinya murah. 🙂

Restoran Haslam Cafe Jalan Pahang Kuala Lumpur

Aku memang suggest kalau nak makan sini. Sedap, selesa, servis best dan semestinya murah :). Dari menu breakfast sampai ke menu makan tengahari dan menu minum petang, banyak yang menarik bercirikan menu tradisional melayu.

Kalau free, boleh la datang singgah yer.

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.