Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Restoran KL Last Exit Jalan Pahang Port Makan Baru

Semalam kami sekeluarga mencuba Port Makan baru di Kuala Lumpur. Lokasi medan selera ini terletak betul-betul ditengah bandaraya dan senang akses walau dari arah mana anda datang. Perkenalkan, Restoran KL Last Exit Jalan Pahang Port Makan Baru di Kuala Lumpur yang wajib anda singgah lepas ni. Terletak di permulaan Jalan Pahang dan hanya beberapa meter dari Jalan Chow Kit.

Untuk lebih mudah anda faham, lokasi port makan ini terletak berhadapan dengan bangunan Hospital Kuala Lumpur, betul-betul bertentangan dengan pintu masuk Institut Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Fairfield Hotel, ia menyediakan pelbagai jenis menu makanan western, makanan melayu, masakan moden serta pilihan makanan side dish untuk semua lapisan citarasa kaki makan.

Baca : Port Makan Yang Menarik di Kuala Lumpur

Restoran KL Last Exit Jalan Pahang

 


Restoran KL Last Exit Jalan Pahang Port Makan Baru


 

Kami sampai di sini sekitar jam 6.50 petang, untuk berbuka puasa. Alhamdulillah, masih ada beberapa ruangan parkir yang kosong untuk kami letakkan kereta. Meja makan pula, masih ada banyak yang boleh anda pilih samada untuk makan di dalam atau di luar ruangan terbuka.

Konsep di sini adalah menggnakan konsep Medan Selera. Bermakna, duduk sahaja di mana-mana kerusi, anda boleh order makan dari mana-mana gerai yang anda mahu. Air boleh anda order di meja, tetapi untuk menu makanan, anda kena layan diri supaya ia lebih cepat dan mudah.
 


 

Kami mencuba menu Shell-Out, Chicken Chop, Nasi Goreng Udang, Bakso dan juga air buah Epal, tembikai dan juga teh tarik. Cukup dulu untuk kami merasa berbuka di sini dengan meu baru yang kami cuba sepanjang bulan puasa tahun ini.

Dari segi harga, ia agak berbaloi. Shell-Out untuk dua orang cuma RM35, Chicken Chop RM12.90, Nasi Goreng Udang RM8.50, Bakso RM6.50 dan pelbagai minuman air buah sekitar cuma RM3 sahaja. Harga sangat berpatutan.
 

Kredit Gambar Guna Samsung Galaxy A22 Plus Low Light
 

Ada terlihat dua menu lagi yang teringin kami nak cuba seperti menu Seafood dan Kari Kepala Ikan ini. Tapi, takut tak habis. InsyaAllah, lain kali kami singgah lagi kalau ada masa.
 


 

Bagi kami, setakat ini, ini antara lokasi boleh anda singgah jika nak makan bersama keluarga. Bukan sahaja kerana ruangan parkir yang agak luas, ia percuma, kawasan makan di dalam dan luar yang agak selesa, serta pilihan jenis menu makanan yang pelbagai. Tak perlu pening nak makan apa, sebab dalam banyak banyak menu ini mesti akan ada satu dua menu yang akan menjadi pilihan anda.

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.