Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Restoran Mohd Chan Abdullah

 

 

Pernah dengar restoran Cina Muslim tak??? Restoran Mohd Chan Abdullah ini adak terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Setahu MrJocko, restoran Mohd Chan Abdullah ni ada dua. Satu di Seksyen 15 Shah Alam dan satu lagi di Kelana Jaya. Rasanya dua-dua restoran ni dimiliki oleh owner yang sama. 

 

 

 

 

Minggu lepas, masa bawak Mem Besar jalan-jalan, kami singgah la sini untuk makan-makan. Pertama kali singgah, nak rasa jugak menu masakan resipi dari Restoran Makanan Cina Muslim ini. Ramai yang kata sedap, apa lagi, peluang untuk mencuba apa yang ada di Restoran Mohd Chan.

 

 

Oleh kerana kami singgah masa tengahari, kami cuba menu yang ada Nasi. MrJocko order Nasi dengan Lauk Daging Black Pepper dan juga Char Kuey Teaw Mohd Chan. Untuk air, pekena Asam Boi dan Bandung Cincau. Ermmm,,, memang sedap. 

 

Rasa Daging Black Pepper tu rasa hampir sama dengan masakan Thai yang selalu MrJocko makan. Char Kuey Teaw tu tak reti nak komen, tapi rasa memang sedap. Ada jugak kerang dalamnya.

 

Next time singgah sana, nak cuba menu lain pulak.

 

 

 

 

MrJocko.com

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.