Review Makan Di Restoran Nasi Lan Kedah Putrajaya
|Sebelum ini, viral tentang Restoran Nasi Lan Kedah Shah Alam. Tak sempat singgah. Kali ini, viral lagi tentang menu sedah di Restoran Nasi Lan Kedah Putrajaya. Nasib baik, hari tu ada singgah Putrajaya. Sempatlah singgah untuk makan tengahari dan Review Makan Di Restoran Nasi Lan Kedah Putrajaya.
Secara pribadi, tak pandai nak klasifikasi menu yang ada di Restoran Nasi Lan Kedah Putrajaya ni. Kalau tengokkan menu yang dihidangkan, umpama menu makanan Restoran Mamak, tetapi staff dan pemiliknya kalau tak silap seorang Melayu Kedah.
Review Makan Restoran Nasi Lan Kedah Putrajaya
Kata member, menu orang Kedah ni, ada banyak yang punyai citarasa seperti masakan Mamak. Menu Nasi Lan Kedah ni, mungkin ada banyak pengaruh masakan Nasi Kandar Penang, tetapi ada citarasa Melayu yang unik.
Sebab apa, pertama kali mencuba menu Ayam Goreng, Sotong, Telur Sotong dan juga kuah-kuah yang dihidangkan di sini, memang kena dengan tekak kami, orang Melayu. Pelik, sekali tengok macam menu Nasi Kandar Penang, tapi rasa yang kami telan, memang berbaloi.

Untuk info, kami sekeluarga bukan peminat makanan Nasi Kandar atau menu berasaskan Mamak. Tetapi, untuk menu yang kami cuba di Nasi Lan Kedah Putrajaya ini, sangat berbaloi. Sotong dan Telur Sotong ditambah kuah,,, memang Wallah!!!
Baca : MrJocko sebagai Food Blogger
Nak cuba menu lain pun boleh. Ada menu daging, burung puyuh, ayam gulai, sotong goreng, udang dan beberapa menu lain. Sayur pun ada banyak pilihan. Dari bendi, bayam, kacang panjang dan macam-macam lagi.
Paling menarik, kalau dilihat dengan harga yang dipamerkan, ia cukup berbaloi. Sebagai contoh, menu Ayam Goreng yang Mrjocko makan di sini cuma berharga RM6.50 sahaja.
Total kami makan pada hari tersebut cuma RM44.40 sahaja, termasuk air. Murahkan???


Bagi mereka yang merancang nak cuba menu sedap di Nasi Lan Kedah Putrajaya, boleh ke Presint Diplomatik Putrajaya. Nak mudah follow sahaja alamat ini :
Restoran Nasi Lan Kedah
Jalan Perak P15, Presint Diplomatik,
62050 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
CASHER SANGAT TAK PERAMAH . KURANG AJAR . PEREMPUAN BDN BSAR2 PAKAI SPECK .TOLONG LA LAYAN CUSTOMER TU ELOK SIKIT , BRU KERJA KEDAI MAKAN BIASA. TOLONG MAJIKAN NASI LAN KEDAH AMBIL TINDAKAN ATAS PEKERJA NI