Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Restoran Nasi Vanggey Shah Alam Seksyen 19

Restoran Nasi Vanggey Shah Alam Seksyen 19 baru sahaja dibuka untuk orang-orang Shah Alam dan sekitarnya. Nasi Vanggey ini sebelum ini terkenal dan lebih ramai mengenalinya dengan nama Nasi Vanggey Ipoh. Kalau dulu Nasi Vanggey hanya ada di Ipoh, kini anda boleh mencuba menu sedap Nasi Vanggey di Shah Alam dan Kuala Lumpur.

MrJocko sempat singgah di Nasi Vanggey Shah Alam Seksyen 19 hari Isnin lepas untuk mencuba menu makan tengahari kat sana. Masa MrJocko sampai, waktu makan tengahari dan restoran nasi vanggey ini penuh dengan pelanggan.

Harga menu di restoran nasi vanggey agak berpatutan. Lihat sahaja menu yang MrJocko makan ini, nasi lauk ayam rempah Vanggey, telur ikan dan telur asin cuma berharga sekitar RM10 sahaja. Boleh kira berpatutan dengan rasa sedap dan resipi rahsia nasi vanggey ini.

Baca : Nasi Kandar Paling Sedap Di Kuala Lumpur

 



 

Restoran Nasi Vanggey Shah Alam

RESTORAN NASI VANGGEY SHAH ALAM SEKSYEN 19

RESTORAN NASI VANGGEY SHAH ALAM SEKSYEN 19 1
Nasi Vanggey Yang Sedap

 

Keadaan restoran agak kemas dan bersih. Pilihan makanan di Nasi Vanggey Shah Alam Seksyen 19 ni pun agak banyak tetapi tak sebanyak menu kedai mamak yang biasa. Tetapi, menu di restoran nasi vanggey ini memang berbeza dari menu kedai mamak lain.

Dari segi rasa ayam rempah special Nasi Vanggey ni MrJocko rasa agak biasa sahaja. Tapi dari segi kuah dan sambal kelapa, ia memang sedap dan lain dari resipi kedai mamak yang lain.

Untuk anda yang bercadang nak Cuba Nasi Vanggey ini, mungkin anda boleh cuba di restoran Nasi Vanggey Kuala Lumpur atau datang ke Restoran Nasi Vanggey Shah Alam Seksyen 19, beralamat di Jalan Nelayan 19/D, 40300, Shah Alam, Selangor. Nak cari Restoran Nasi Vanggey Shah Alam Seksyen 19 ini, boleh cari lokasi Hotel De Palma Seksyen 19, Shah Alam. Restoran ini terletak di belakang Hotel De Palma Seksyen 19.

Selamat mencuba menu Restoran Nasi Vanggey Shah Alam Seksyen 19.

Kalau nak cari kari kepala ikan sedap di Kuala Lumpur boleh baca entry ini http://www.mrjocko.com/2015/04/kari-kepala-ikan-sedap-di-kuala-lumpur.html

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.