Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Restoran Qureshi Malaysia Ramadhan Sunset Buffet Food Review

Khas buat peminat menu makanan India, ada restoran terbaik untuk korang cuba. MrJocko berpeluang singgah di Restoran Qureshi Malaysia sempena dengan promosi Ramadhan Sunset Buffet Food Review. Ada banyak menu makanan terbaik citarasa Istana India dihidangkan di sini.

Restoran Qureshi Malaysia terkenal dengan jolokan The Royal Taste of India. Ini kerana katanya asas bahan-bahan untuk memasak menu makanan ini adalah dibawa khas dari India untuk mengekalkan rasa keasliannya.

Restoran Qureshi Malaysia Ramadhan Sunset Buffet Food Review

Restoran Qureshi Malaysia Ramadhan Sunset Buffet Food Review

 

Bersempena dengan kedatangan Ramadhan 2017, Restoran Qureshi Malaysia memperkenalkan beberapa menu terbaik mereka dengan menawarkan promosi Sunset Buffet dari harga bermula RM95.00. Kalau sebelum ini, mereka yang membuat tempahan awal sebelum 18 Mei 2017, mereka boleh mendapatkan harga Sunset Buffet cuma RM85 sahaja untuk seorang.

Restoran Qureshi Malaysia ni adalah restoran terbaik yang pernah menerima beberapa anugerah termasuk Best of Malaysia Awards 2016 dalam kategori Best Independent Restaurant oleh Expatriate Lifestyle Magazine dan juga anugerah Malaysia’s Best Restaurants tahun 2015 dan 2016 udian oleh Editor dan pembaca Malaysia Tatler.

 

Restoran Qureshi Malaysia

 

Pertama kali MrJocko singgah di Restoran Qureshi Malaysia ini yang terletak di TPC Kuala Lumpur (sebelum ini dikenali sebagai KLGCC). Ruang restoran memang ada ‘class’. Ia memang restoran mewah yang pasti akan memberikan korang satu pengalaman baru dalam merasai keindahan makanan India asli.

 

qureshi malaysia menu

 

Untuk pilihan sharbat (minuman) ada pilihan air Manggo Lassi yang sangat sedap bersama dengan air Rooh-E-Afza. Kedua minuman ini pasti akan menaikkan selera makan korang.

Untuk pembuka selera, di Restoran Qureshi Malaysia ada menyediakan menu seperti Hummus, Samosa Chat, Dahi Bhalle, Kuchumber dengan Feta, Hari Moong Ki Chat, Channa Chat, Baba Ghanoush dan beberapa pilihan Pakoda.

 

Restoran Qureshi Malaysia Ramadhan Sunset Buffet Food Review Qureshi Malaysia Ramadhan Sunset Buffet Food Review Qureshi Malaysia Ramadhan Sunset Buffet Food Review

 

Selain itu, ada menu Lazzat E Tandoor yang merupakan piliham menu Peshwari Murg Tikka dan Punjabi Fish Tikka. Manakala menu Lazzat E Handi merupakan pilihan menu Butter Chicken, Prawn Moilee, Dal Qureshi dan juga Subz Miloni.

Menu paling sedap pernah MrJocko cuba ialah pilihan menu istimewa Brinje yang terdiri dari Dum Gosht Lucknowi Biryani dimana nasi basmati dimasak dengan daging kambing. Memang sangat sedap, patut korang cuba.

 

Qureshi Malaysia Ramadhan Sunset Buffet Food Review Qureshi Malaysia Ramadhan Sunset Buffet Food Review Qureshi Malaysia Ramadhan Sunset Buffet Food Review Qureshi Malaysia Ramadhan Sunset Buffet Food Review Qureshi Malaysia Ramadhan Sunset Buffet Food Review

 

Akhir sekali, untuk pencuci mulut, Restoran Qureshi Malaysia menyediakan menu Shireen yang menyediakan Fresh Fruit Platter, Gazar Ka Halwa, Rasmalai dan juga Gulab Jamun yang memang akan buat lidah korang terasa enak.

Penutup untuk kali ini di Qureshi, MrJocko mencuba teh terkenal mereka iaitu Masala Tea. Wah!!! Lengkap sudah menu yang MrJocko cuba di Qureshi Malaysia. Bukan sahaja sedap, tetapi suasana makan dan citarasa di sini memang sangat classy.

Kalau korang nak tempah sempena dengan majlis Iftar bulan Ramadhan tahun ini, korang boleh terus ke alamat Qureshi Restaurant, Ground Floor East Wing, TPC Kuala Lumpur, No 10 Jalan 1/70D Off Jalan Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur. Atau boleh layari laman web mereka www.qureshi-intl.com. Talian telefon +603 2011 1007

Media Sosial mereka ialah :

Facebook – www.facebook.com/QureshiMalaysia

Twitter – www.twitter.com/QureshiMalaysia

Instagram – www.instagram.com/QureshiMalaysia

Qureshi Malaysia memang ada citarasa “The Royal Taste of India”

Tak perlu lagi ke India untuk makan menu India yang asli. Kalau tak kena bayar Visa ke India pun agak mahal 🙂 http://www.mrjocko.com/2017/04/bayar-rm457-harga-visa-ke-india.html

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.