Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Restoran Rebung Chef Ismail Bukit Aman Kuala Lumpur

Ramai yang memang suka singgah di Restoran Rebung Chef Ismail. Dulu, ia memang terkenal di Bangsar, tetapi kini ia sudah berpindah ke lokasi baru di bangunan parkir Bukit Aman, bersebelahan Taman Botani Kuala Lumpur.

Buat sementara ini, ruang parkir Bukit Aman ini masih percuma dan belum dikenakan apa-apa bayaran.

Restoran Rebung Chef Ismail

image

 

Restoran Rebung Chef Ismail di Bukit Aman ini terletak di atas sekali, tingkat 5 bangunan ini dan ia memang lebih luas dan cantik.

Susunan dekorasi seperti berada dirumah sendiri dengan konsep ruang makan berhawa dingin dan juga ruang makan terbuka di sebelah luar. Mana satu pilihan anda untuk waktu makan anda, sudah pasti mudah untuk anda sesuaikan diri di Restoran Rebung ini.

Restoran Rebung Chef Ismail

 

Menu Restoran Rebung Chef Ismail

Menu Restoran Rebung Chef Ismail

 

Restoran Rebung Chef Ismail

Restoran Rebung Chef Ismail

Ada menu sarapan pagi disediakan di sini dengan promosi harga serendah RM5.00++ sahaja. Jadi, ia adalah pilihan untuk anda selain dari menu makan tengahari dan juga makan malam.

Untuk waktu tengahari dan makan malam, anda boleh memilih untuk pilihan Buffet atau nasi campur yang disediakan. Pelbagai pilihan menu masakan asli ala kampung di Malaysia ada di sini termasuk ulam-ulaman seperti petai, pucuk pegaga dan juga sambal belacan serta budu.

Sudah pasti restoran Chef Ismail ini, Restoran Rebung akan menjadi pilihan tempat makan anda kerana rasa yang sedap, kualiti asli serta ruang makan yang selesa dan santai.

Nak tempah catering di Restoran Rebung? Sudah pasti boleh. Boleh terus contact pihak restoran terus atau hubungi owner Chef Dato Ismail yang memang sangat friendly dan suka senyum ;).

 

Restoran Rebung Chef Ismail

 

Menu Restoran Rebung Chef Ismail
Lokasi Restoran Rebung Chef Ismail
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.