Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala TTDI KL
Kalau anda nak cuba menu yang pelbagai dan ada Sambal Hijau, sudah pasti anda kena cuba singgah di Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala, bersebelahan TTDI. Restoran ini berada di sebelah Masjid Sungai Penchala. Dari jauh anda dah nampak restoran ini di celah pokok-pokok tanaman hiasan yang semakin meninggi.
Kat sini ada pelbagai jenis menu masakan kampung, sayuran dan ulaman dan yang pasti menu tarikan masakan ikan, ayam, daging sambal hijau. Pilih saja nak cuba menu apa, dari ayam, daging, ketam, udang, sotong, ikan bakar, ayam bakar, telur,paru, babat, gulai lemak kaki lembu dan macam-macam lagi. Semuanya sedap.
Baca : Review Makan Menu Thai Best di TTDI
Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala
Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala
Tengok sahaja menu yang MrJocko dan famili order, semua sangat sedap. Lagipun makan kat sini murah. Semua yang diorder ni hanya RM32 sahaja. Kami ambik Udang Galah, Ayam Kampung Goreng, Gulai Ikan Kering, Ulaman dan juga air buah untuk anak-anak.
Boleh la singgah makan tengahari atau malam di Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala ni kerana anda mesti akan singgah dan singgah lagi bila dah cuba makan kat sini. Waktu makan tengahari memang ramai yang singgah di sini.
Ruang parkir percuma dan ada banyak di belakang restoran. Kalau tak muat area belakang restoran, boleh jer parking di tepi jalan berhampiran lokasi restoran. Nak lagi mudah datang ke sini menggunakan motorsikal atau berkongsi kereta.
Glamorous MrJocko
Related
Related Posts
-
MH Gourmet In Flight Menu Special Order Malaysia AirlinesNo Comments | Oct 20, 2014
-
insurans oleh POS MALAYSIA2 Comments | Aug 19, 2010
-
Tarikh Semak Keputusan BPN 2.0 Di Laman Web LHDNNo Comments | Oct 8, 2020
-
Crab Hut Asia Cyberjaya Jamu Hidangan Seafood SegarNo Comments | Jan 29, 2016
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.