• Wed. Oct 4th, 2023

Restoran Seafood DCoral Kuala Selangor Menu Makanan Laut Thai

restoran-seafood-dcoral-kuala-selangor-1-copy

Kuala Selangor dengan Kuala Lumpur tidak la jauh mana. Kalau datang berjalan-jalan di sekitar kawasan Kuala Selangor, boleh balik hari. Tapi sebelum balik, apa kata cuba menu makanan laut dulu di Restoran Seafood DCoral Kuala Selangor Menu Makanan Laut Thai Asli, yang menyajikan menu masakan yang sangat sedap.

Pemilik Restoran ni orang Melayu kita dan semestinya Muslim. Jangan risau sebab menu-menu yang di masak di sini adalah dijaga kualiti dan Halal. Menu dan Resipi makanan laut ala Thai ini dibawa dari menu asli dari Thailand dengan rasa yang memang lain dari yang lain.

Restoran Seafood DCoral Kuala Selangor
 

restoran seafood d'coral kuala selangor
 

Baca : MrJocko dan Kuala Selangor

Memandangkan Kuala Selangor dekat dengan pantai dan laut, semestinya menu makanan laut adalah satu menu yang sangat popular di Restoran Seafood DCoral. Sebut sahaja menu apa yang korang nak makan, InsyaAllah mereka boleh sediakan.

Untuk kali ini, ketika MrJocko dan rakan Media singgah untuk makan malam di sini, kami dihidangkan dengan menu Tomyam, Ikan Siakap Masak Patong, Udang Cili, Sotong Goreng, Ikan Masak Pedas dan juga Kailan Ikan Masin.
 

restoran seafood d'coral kuala selangor

restoran seafood d'coral kuala selangor

restoran seafood d'coral kuala selangor

restoran seafood d'coral kuala selangor

restoran seafood d'coral kuala selangor
 

Paling sedap untuk menu dan resipi di Restoran Seafood D’Coral Kuala Selangor ni ialah Ikan Siakap Masak Patong. Rasanya seperti Siakap Tiga Rasa, tetapi kuah cili yang pekat, buatkan ia rasa agak berlainan dan unik. Serius sedap!!!

Menu Tomyam dan Udang Cili juga tak kurang rasa. Berbaloi kalau cuba menu kat sini. Sebab dengar kata, menu kat sini jauh lebih murah dari harga makanan di Restoran Seafood di Kuala Lumpur. Biasanya satu hidangan untuk 2 – 4 orang termasuk Ikan Siakap Masak Patong, Ayam Goreng Rempah, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar dan Air hanya berharga sekitar RM50 sahaja.
 

restoran seafood d'coral kuala selangor

restoran seafood d'coral kuala selangor
Resipi Ikan Siakap Masak Patong

 

Untuk yang datang berkumpulan, jangan risau, Restoran Seafood D’Coral Kuala Selangor ada meja dan kerusi yang cukup untuk menampung pelanggan sehingga 200 orang dalam satu masa.

Mereka ada sediakan ruang solat yang selesa, tandas yang bersih serta ruang parkir yang luas dan percuma.

Kata pelanggan di sini, mereka suka view waktu senja di Restoran Seafood D’Coral ini sambil menikmati menu makan malam. Pemandangan menghadap Sungai Selangor dan juga Jambatan Kuala Selangor antara tarikan sampingan di sini.
 

restoran seafood dcoral kuala selangor
Ikan Bawal

restoran seafood dcoral kuala selangor
Jambatan Kuala Selangor

 

Untuk mereka yang tak biasa dengan Kuala Selangor, kalau nak ke sini, boleh cari alamat ini di Aplikasi Waze atau Google Maps Restoran Seafood D’Coral, Lot PT 85, Jalan Bagan Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor. Atau boleh hubungi mereka di talian 03-3281 2408. Cuba la guna Kod Promosi ‘MrJocko’ mana tahu ada lagi Diskaun untuk pelanggan baru yang teringin nak cuba menu dan resipi Ikan Siakap Masak Patong di sini.

Layari Restoran Seafood C’Coral Facebook.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.