Restoran Sojibo Diver City Plaza Tokyo Menu Soba Noodles Japan
|Cari menu makanan Halal Muslim di Jepun tidak susah. Dengan kerjasama pihak Japan National Tourism Organization (JNTO) dan juga badan berkaitan termasuk dari Malaysia menyediakan pilihan banyak Restoran Halal Muslim di Jepun. Antaranya ialah Restoran Sojibo Diver City Plaza Tokyo Menu Soba Noodles Japan.
Menu utama di Sojibo Restaurant Diver City Plaza Tokyo ialah Soba Noodles (Mee Soba Jepun). Ia sejenis mee yang dibuat khas dengan cara tarik dan ia disediakan dari gandum khas. Warna Soba Noodles ini seakan akan hijau dan punyai rasa agak berbeza dari mee biasa.
Restoran Sojibo Diver City Plaza Tokyo
Sudah tentu menu Soba Noodles ini popular di Jepun kerana ia memang berasal di Jepun. Jenis mee tarik halus yang di padankan dengan sup jernih dan beberapa bahan lain termasuk sayuran.
Tambahan menu untuk Soba Noodles ini juga termasuk Udang Tempura, Cendawan Tempura, Telur Separuh masak dan beberapa bahan lain yang MrJocko tak kenal, tetapi ia berasaskan tumbuhan dan halal.
Untuk info, restoran ini menerima Sijil Halal untuk penyediaan menu Soba Noodles dari pihak Malaysia Halal Consultation & Training Agency.
Jadi, jangan ragu-ragu, ia adalah menu makanan Halal Muslim dan sudah dipercayai.
Baca : MrJocko Review Menu Makanan
Ini pertama kali MrJocko di Sojibo Restaurant di Diver City Plaza Tokyo, dan mencuba menu Soba Noodles halal Muslim di Sojibo Diver City Plaza Tokyo. Di sini ada menu Soba Sejuk (Cool Soba Noodles) dan juga menu Soba Panas (Hot Soba Noodles).
Jadi, kalau korang tak suka makan makanan sejuk, sila order menu Soba Noodles panas (Hot Soba Noodles). Ia boleh dipadankan dengan menu tambahan Telur Separuh Masak atau Udang Tempura.
Harga untuk satu hidangan biasanya bermula dari JPY770 dan ia memang portion yang cukup untuk buat korang kenyang. Ais Kosong dan Teh Cina adalah PERCUMA. Tak perlu order air tambahan :).
Kalau nak cari lokasi restoran halal di Diver City Plaza Tokyo ini, boleh ikut perkongsian di laman web ini Halal Navi Sojibo Diver City Plaza Japan. Untuk lokasi kedai makanan halal lain di Jepun, pun boleh guna laman web ini dengan cara yang lebih mudah dan cepat.