Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Restoran VN Halal, Ho Chi Minh

Depan Restoran VN. Halal Ho Chi Minh

Hari pertama sampai di Ho Chi Minh kami lepak bilik sahaja. Maklum la sampai pun dah jam 10.00pm.
Keesokkan hari, selepas trip ke War Remnants Museum kami mencari restoran halal di bandar Ho Chi Minh. Sebelum ni aku dah cari kat Internet, ada satu restoran Halal dekat sajer dengan hotel aku, VN Halal.
So, apa lagi, berpandukan Google Maps yang aku dah save dalam iPod, aku ikut jer direction. Memang benar, dekat sajer dengan penginapan kami. Cuma 200 meter sajer. Kami menapak saja ke sana.
Sementara menunggu order

Dah jumpa, kami terus masuk. Tak ramai, kira-kira cuma ada satu couple melayu yang hampir selesai makan dan kami anak-beranak.

Aku order Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Seafood dan Meehun Goreng Singapura. Minuman pulak kami order Milo Ais dan Teh O Ais. Cukup la tu.

Menu VN Halal

Harga boleh tahan. Lebih kurang harga restoran di kawasan elit. Set makanan Nasi Goreng tu sekitar 95,000 Dong atau RM13.00. Minuman Milo Ais dan Teh O Ais harga sekita 35,000 Dong bersamaan RM5.20. Mahal kan???

Milo Ais dan Teh O Ais

Mee Goreng Singapura VN Halal

Nasi Goreng Seafood VN Halal

Nasi Goreng Kampung VN Halal
Rasa memang sedap. Kira harga mahal sikit pun berbaloi la. Kalau Nasi Goreng Seafood tu, ada banyak ekor udang yang di letakkan dalam nasi, begitu juga dengan sotong. Meehun Goreng Singapura pun banyak lauk yang diletakkan skali. Dengan harga RM13.00, boleh kata harga patut untuk restoran Halal di Ho Chi Minh. Total kami makan hari tu RM58.00 dan aku bayar pakai Ringgit Malaysia. Tuan kedai masih menerima Ringgit Malaysia kalau kita tak nak pakai USD atau Vietnam Dong.
Restoran VN Halal ni dekat sajer dengan Ben Thanh Market. Kira-kira 100 meter sajer. Korang boleh Google di Google Maps atau cari direction Le Lai Street, dekat dengan Bulatan Tuong Tran Nguyen Han, berhadapan Ben Thanh Market.
Kalau korang nak ke Ho Chi Minh dan mencari kat mana ada restoran halal, restoran muslim atau halal food di Saigon @ Ho Chi Minh, boleh cuba VN Halal Restoran. Kedai ni mengadap Taman Awam di Ho Chi Minh. Senang jer kalau korang nak cari. 

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.