Site icon Travel Blogger Malaysia

Review Angel Spa KL Publika Urutan 4 Bintang Harga Berbaloi

Publika lokasi shopping complex dekat dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Ramai yang anggap ia lokasi elit dan mahal. Tetapi, ramai tidak tahu ada servis urutan Spa bertaraf 4 Bintang dengan harga bermula dari RM88 untuk 2 jam urutan. MrJocko kali ini membuat review Angel Spa KL Publika Urutan 4 Bintang Harga Berbaloi.

Angel Spa Publika menyediakan perkhidmatan rawatan penjagaan kecantikan dan kesihatan yang menggabungkan cara Barat yang indah dan kebaikan rasa Asia. Anda akan di’urut’ dan dimanjakan oleh ‘Angel’ (tukang urut professional) di dalam bilik rawatan mewah dengan servis yang terbaik.

Baca : Tempat Urut Best Di Thailand

 



 

Angel Spa KL Publika Urutan 4 Bintang

Angel Spa KL Publika

 

MrJocko diberitahu, di Angel Spa Publika mereka menyediakan perkhidmatan seperti Body Therapy, Face Therapy, Eye Therapy dan juga servis khas untuk bakal Pengantin. Ini semua boleh korang lihat di laman web rasmi mereka www.angelspakl.com

Untuk MrJocko, pakej urutan selama 2 jam dengan promosi RM88 sahaja sempena dengan bulan November 2016. Pakej ini termasuk dengan pakej urutan untuk lelaki yang mana urutan kaki dan juga urutan seluruh badan. Kalau nak ambil pakej body scrub, boleh ambil tambahan pakej yang ditawarkan di Angel Spa KL.

Selama 2 jam diurut oleh Tukang Urut professional, memang rasa lega sangat-sangat. Yang mana urat tersimpul, otot yang kejang serta pening kepala hilang terus :).

Oh ya, jangan risau. Untuk lelaki mereka ada tukang urut lelaki dan untuk wanita mereka menyediakan tukan urut wanit terbaik untuk setiap sesi urutan di Angel Spa KL.

 

 

 

Ini antara tempat massage yang murah di Kuala Lumpur. Pakej urutan yang ditawarkan disini berbaloi untuk anda cuba sebab servis yang mereka sediakan untuk korang memang mewah dan terbaik.

Untuk wanita yang inginkan khidmat urutan tradisional juga boleh diuruskan oleh pihak Angel Spa mengikut apa yang korang mahu. Paling menjadi tumpuan adalah pakej urutan untuk wanita, pakej mandi bunga untuk pengantin baru dan banyak lagi.

Untuk anda yang nak cuba pakej Purely Pevonia, Angel Spa secara eksklusif menggunakan Pevonia yang menawarkan barisan lengkap produk spa mengandungi galian ‘marine’ semulajadi dan bahan-bahan botani terbaik. Bahan ini digabungkan dengan formula teknologi canggih dan rawatan yang memberikan hasil yang amat ketara.

Antara selebriti yang pernah mencuba pakej rawatan di Angel Spa KL termasuk la Diva Azwan Ali, Nazrief nazri dan ramai lagi.

 

Anda yang nak cuba pakej Purely Pevonia, Angel Spa KL Publika secara eksklusif menggunakan Pevonia yang menawarkan barisan lengkap produk spa mengandungi galian ‘marine’ semulajadi dan bahan-bahan botani terbaik. Bahan ini digabungkan dengan formula teknologi canggih dan rawatan yang memberikan hasil yang amat ketara.

Antara selebriti yang pernah mencuba pakej rawatan di Angel Spa KL termasuk la Diva Azwan Ali, Nazrief nazri dan ramai lagi.

Angel Spa KL Publika dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam setiap hari dan ditutup pada hari Isnin. Berminat untuk dapatkan info lanjut tentang Angel Spa KL boleh terus ke lokasi mereka di alamat A1-UG-09, Solaris Dutamas 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur. Talian telefon  03-6207 9006 atau layari laman web mereka www.AngelSpaKL.com

 

 

Exit mobile version