Review Bilik Hotel Thistle Johor Bahru
|Pertama kali singgah di Hotel Thistle Johor Bahru buatkan MrJocko teruja. Dari luar sudah nampak ia berdiri megah di tepi lokasi yang agak tinggi dan ia menghala ke bahagian Selat Johor. Bangunan Thistle Hotel di Johor Bahru ini memang anda tak akan terlepas pandang kalau melalui kawasan jalan utama dari Danga Bay menuju ke pusat Bandar.
Hotel Thistle Johor Bahru, terletak dan dibina dengan rekaan bangunan ‘batu’ dan kaca depan yang menghadap ke Selat Johor dan juga Singapura. Hotel moden ini terletak antara jarak 2 km dari kedua-dua perhentian bas terdekat di Johor Bahru dan Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, sejauh 13 km dari Zoo Singapura dan 20 km dari Legoland Malaysia.
Hotel Thistle Johor Bahru
Cantik tak Thistle Hotel JB
Di Thistle Hotel Johor Bahru, ia menawarkan rekaan dalaman hiasan yang agak menarik, susunan kontemporari, bilik-bilik dan suite-suite yang terang dilengkapi dengan TV skrin-rata dan Wi-Fi percuma, serta kemudahan membuat teh dan kopi.
Setiap bilik dinaik taraf menambah balkoni dan juga sebelah utama bilik punyai pemandangan Selat Johor. Lebih menarik bilik bilik suite di Hotel Thistle Johor Bahru ini mempunyai dapur kecil dan juga ruang tamu. Perkhidmatan bilik turut disediakan.
Review Bilik Hotel Thistle Johor Bahru
Selain itu, di Hotel Thistle Johor Bahru, kemudahan lain termasuk 3 buah restoran dan 2 bar, termasuk kolam mandi luar, kolam kanak-kanak dan pusat kecergasan dengan 2 gelanggang tenis dan spa. Unttuk info, setiap bilik dilengkapi dengan pakej sarapan percuma.
Ketika menginap 2 hari 1 malam di sini, MrJocko cuma dapat bilik yang menghadap bandar. Sayang juga kerana bilik yang menghadap Selat Johor mesti lebih menarik untuk tetamu hotel. Tak apa, kalau ada rezeki, InsyaAllah MrJocko akan ke sini lagi.
Untuk anda yang mencari lokasi Thistle Hotel Johor Bahru, anda boleh Google dan tuju ke alamat Jalan Sungai Chat, 80100 Johor, Malaysia, Telefon +60 7-222 9234. Paling mudah untuk cari lokasi Thistle Hotel JB ini, anda boleh cari Dataran Johor Bahru. Ia terletak betul-betul di hadapannya.
Nak cari makanan menarik di Johor Bahru pun mudah kerana di Dataran JB atau di depan Hotel Thistle JB ini ada Steamboat Dataran JB yang terkenal.
http://www.mrjocko.com/2014/12/steamboat-dataran-johor-bahru-pilihan-steamboat-sedap.html