Kami Review Dinasor Di Wetland Studios Putrajaya
|Cerita Viral sehari dua ini tentang kewujudan dinasour bergerak di Putrajaya. Nampak hebat di dalam video TikTok dan perkongsian di Media Sosial yang lain. Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, kami turut mengambil peluang untuk lihat sendiri apa yang sebenarnya menarik di sana. Kali ini, kami akan Review Dinasor Di Wetland Studios Putrajaya yang dikatakan antara destinasi pelancongan terbaru di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Apa yang kami tahu, projek ini adalah hasil kerjasama antara Perbadanan Putrajaya dengan KRU Studios Sdn Bhd bagi pengoperasian Pusat Penghayatan Alam (NIC) Taman Wetland. Yang mana, pengisian projek ini boleh menjana hasil khususnya bagi warga tempatan melalui sektor pelancongan sekali gus menjadikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan negara dan antarabangsa dan bukan hanya tertumpu kepada kunjungan pelawat semata-mata.
Baca : Tempat Menarik Di Putrajaya
Kami Review Dinasor Di Wetland Studios Putrajaya
Kami sampai sekitar jam 12.00 pm. Mencari ruangan parkir yang agak penuh dengan pelawat lain. Memang ramai datang ke sini dan kebanyakkannya membawa anak-anak kecil dari sekolah rendah. Berpusing sekejap mencari ruang kosong dan akhirnya dapat ruang di sebelah atas.
Dari parkir, kami berjalan kaki selama lebih kurang 5 minit dan kemudian beratur untuk ke kanter tiket. Sekitar 15 minit kami dapat masuk ke ruang kanter tiket yang sudah berhawa dingin. Lega sikit sebab diluar agak panas. 4 dewasa dan 1 kanak-kanak, kos kami RM115.
Waktu nak masuk ke pintu utama Wetland Studios, agak kelam kabut. Ramai pelawat ada masalah untuk masuk kerana Barcode Scan yang kurang efisen. Kena sidai kejap sebelum masuk dan ramai di belakang beratur.
Laluan masuk mula-mula, pelawat dibawa masuk untuk Sesi Bergambar bersama Dinasour. Ia bukan percuma, jika pelawat nak gambar tersebut, kena bayar. Okay, yang ni memang standard theme park scammer.
Bahagian pertama kami masuk ada Giant Insect. Kebanyakkannya ialah Belalang. Ada Labah-labah dan beberapa serangga lain yang tak pasti jenis apa kerana lampu agak malap.
Laluan itu kemudian membawa ke bahagian dinasour kecil dan kemudian dinasor besar
Spinosarus. Yang lain maaf, kami tak kenal sangat sebab kami bukan peminat Dinosour. Cuma yang last, kami kenal, Gajah. Memang besar. Tapi sayang, gading dia dia patah.
Dalam hanya tak sampai 20 minit, kami sudah habis teroka di tingkat Ground Floor, dan ada satu lagi ruang pameran dibahagian tingkat 1. Terpaksa naik tangga, namun menghampakan. Di tingkat 1 hanyalah objek burung dengan limpahan lampu warna warna. Sangat tidak berbaloi naik ke atas.
Tak sampai 5 minit kami turun ke bawah dan ‘Guess What’??? Dah habis dah ruang Wetland Studios. Laluan dibawah terus membawa kami ke Souvenir Shop.
Review Kami :
1. Ramai pelawat datang ke sini memandangkan sekarang musim Cuti Sekolah
2. Ruang parkir kereta masih belum bersedia untuk menerima limpahan pelawat ke sini.
3. Harga tiket RM25 Dewasa dan RM15 Kanak-kanak sangat tidak berpatutan. Kami cadangkan RM15 Dewasa dan RM8 Kanak-Kanak
4. Staff yang masih belum cukup terlatih untuk menguruskan operasi. Bayangkan, nak masuk scan Entrance Gate pun terkial-kial lambat.
5. Sistem Pencahayaan di dalam sedikit Kelam dan Gelap. Patut naikkan sedikit 15%.
6. Dinasour (Objek) hanya bergerak dalam satu atau dia arah sahaja. Terlalu statik. Sebab itu kami cadangkan tiket diturunkan lagi.
7. Beberap laluan, ia agak sempit.
8. Bayangkan tengah ramai lihat GAJAH, tiba-tiba datang KONTRAKTOR datang baiki GADING YANG TELAH PATAH. SOP mana? SOP mana?
9. Tingkat Satu – Kawasan pameran yang USELESS. Hanya nampak burung-burung dengan lampu. Itu saja… Seperti kawasan taman biasa yang diadakan PERCUMA oleh penganjur Expo.
10. Boleh datang, tapi kami tidak cadangkan untuk anda ke sini. Not Recommended.
Mengikut carian kami, tapak asal lokasi ini dikenali dengan Taman Wetland Putrajaya. Ia merupakan taman alam semula jadi yang terletak di Putrajaya, Malaysia. Ia merupakan kawasan yang luas dan indah, menawarkan keindahan landskap dan ekosistem air yang pelbagai. Taman ini terdiri daripada rawa, tasik, dan hutan paya bakau yang mempesona.
Taman Wetland Putrajaya menjadi tempat perlindungan untuk pelbagai jenis flora dan fauna. Ia merupakan habitat kepada burung-burung air, seperti raja udang, heron, dan itik mandarin.
Terdapat juga Wetland Gallery di taman ini yang mempamerkan maklumat tentang kepentingan dan kepelbagaian ekosistem wetland. Pengunjung boleh mempelajari mengenai kehidupan haiwan air, tumbuhan, dan konservasi alam semula jadi.
Sebelum ini, Taman Wetland Putrajaya merupakan tempat yang popular bagi peminat alam semula jadi, penggiat fotografi, dan keluarga yang mencari aktiviti rekreasi. Ia menyediakan ruang hijau yang menenangkan dan memberikan peluang untuk bersatu dengan alam semula jadi dalam suasana yang damai dan cantik.