Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Executive Deluxe King Hotel Grand Paragon Johor Bahru

Minggu ini kami satu team ke Johor. Kali ini, kami akan kongsi talk tentang Halal Taiwan untuk rakan-rakan Travel Agent yang berada di sekitar Johor Bahru. Dan, kami memilih untuk menginap di Hotel Grand Paragon. Event pun, kami buat kat sini. Jadi, ini peluang kami untuk Review Executive Deluxe King Hotel Grand Paragon Johor Bahru. Walaupun hanya satu hari, cukup dulu untuk kami explore apa yang ada di sini.

Hotel ini terletak ditengah bandaraya Johor Bahru. Kalau dulu, sebelum pandemik, Taman Abad ini antara lokasi popular di Johor. Ia menjadi antara nadi penting orang Johor untuk pelbagai urusan seharian. Ia juga terkenal dengan lokasi penganjuran seminar, kursus, team building dan banyak lagi acara lain termasuk majlis makan malam dan majlis perkahwinan.

Baca : Hotel Thistle Johor Bahru

Grand Paragon Hotel Johor

 


Review Executive Deluxe King Hotel Grand Paragon Johor Bahru

Review Grand Paragon Hotel
 

First time singgah sini dan kami pilih untuk mengambil bilik Executive Deluxe King yang menghadap Selat Tebra dan negara Singapura. Terletak di tingkat 25, pemandangan dari bilik memang sangat memukau, tak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Deretan kedai-kedai di bawah, beberapa bangunan shopping mall dan jalanraya di sini hidup 24 jam. Mungkin sebab aktiviti orang Johor dan Singapura yang sentiasa berulang alik setiap masa membuatkan lampu kenderaan sentiasa menyinari jalan-jalan utama di Johor Bahru.

Bilik ini mempunyai saiz yang agak luas. Satu katik King Size, satu sofa, meja untuk kerja, TV, cerek air, sterika, papan sterika, almari, safe deposit, mini fridge, side table, bilik air yang luas bersama bathtub dan toiletries yang cukup untuk dua orang.
 

Review Grand Paragon Hotel

Review Grand Paragon Hotel

Review Grand Paragon Hotel

Review Grand Paragon Hotel

Review Grand Paragon Hotel
Bathtub

Review Grand Paragon Hotel
 

Paling saya suka ialah bantal yang lembut. Tilam dan Selimut juga sangat selesa. Di tambah dengan suhu bilik yang sesuai dengan keadaan, memang selesa kalau berehat di dalam bilik.

Bilik mandi yang luas, lebih menyenangkan bila dapat berendam di dalam bathtub untuk melepaskan tekanan stress. Sememangnya, bilik air yang ada bathtub ini adalah bilik hotel yang mempunyai spesifikasi bilik bertaraf antarabangsa. Ini kerana, bilik yang ada bathtub menjadi pilihan orang Eropah, Japan dan juga orang Korea sebagai pilihan utama mereka jika memilih hotel.
 

Review Grand Paragon Hotel
Pemandangan Dari Bilik

Review Grand Paragon Hotel
Check-Out

 

Dari segi kebersihan, kami boleh katakan ia berbaloi untuk anda inap di sini. Dengan kos yang anda bayar, ia berbaloi dengan pengalaman menginap di sini, kerana biasanya pakej harga bilik datang dengan pakej Sarapan Pagi untuk 2 orang.

Ya, Hotel Grand Paragon ini memang ada kemudahan Kolam Mandi, Gym, Spa dan beberapa kemdahan lain. Namun, kami tidak sempat nak lawat ke sana kali ini. InsyaAllah, kami pasti akan ke sini lagi untuk review bilik lain dan fasiliti yang ada di Grand Paragon Johor Bahru. Tunggu…

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.