Review Filem : 47 Ronin
|
Lama MrJocko tak join Nuffnang Premiere Screening kerana kesibukkan kerja dan juga tak ada masa. Kali ini, oleh kerana dijemput sertai Tayangan Perdana filem terbaru lakonan Keanu Reeves yang bertajuk 47 Ronin, ia peluang terbaik. Last MrJocko lihat Keanu Reeves di pawagam ketika filem The Matrix 3.
Filem 47 Ronin diambil dari sejarah kisah yang berlaku di negara Jepun. Kisah lagenda Samurai Jepun yang kemudian bertukar menjadi Ronin, pahlawan samurai yang tidak mempunyai ketua atau tuan. Ronin umpama pasukan hulubalang pahlawan yang bergerak sendirian tanpa arahan dan patuh kepada mana-mana ketua.
47 Ronin mengisahkan Kai, seorang kanak-kanak kelahiran kacukan yang tersesat di dalam hutan dan dijumpai oleh Ketua Wilayah Ako dan kemudiannya dibesarkan dalam komuniti di Wilayah Ako dibawah ihsan Lord Ako. Kai dari kecil sehingga ke alam dewasa dibenci oleh hampir semua pahlawan Samurai Lord Ako lebih-lebih lagi Yasuno. Pun begitu, anak Lord Ako, Mika menyukai Kai dan hanya mencintai Kai sahaja.
Kai yang sememangnya mempunyai kehebatan berlawan tersendiri semakin hari semakin hebat bermain pedang, sehinggalah Kai menyamar sebagai seorang Samurai, bagi menggantikan Yasuno, untuk perlawanan beradu kekuatan di satu keramaian. Identiti Kai terbongkar dan kemudian, disebabkan itu, Kai di pukul teruk dan Lord Ako pula kemudiannya di fitnah cuba membunuh tetamu Di Raja.
Lord Ako dijatuhkan hukuman mati, dan kesemua Samurai dibawah Lord Ako dihalau keluar dari Wilayah Ako. Ketua Samurai Oishi pula dihumban ke dalam penjara selama setahun. Selepas setahun, Oishi dibebaskan dan tanpa membuang masa Oishi mencari Kai dan mengumpulkan seramai 47 Ronin untuk rancangan membalas dendam ke atas kematian Lord Ako.
Cerita ni memang best, ditambah dengan jalan asal kisah lagenda yang kemudian di campur dengan mitos dan aksi yang hebat. Sekali lihat, gaya Keanu Reeves masih lagi teringatkan gerakkan beliau di dalam The Matrix Trilogy. Memang best cerita ni, penuh aksi, drama, sejarah Jepun dan memang MrJocko tak puas layan filem ini. Sememangnya terbaik dan untuk kali ini MrJocko akan ke panggung sekali lagi untuk menonton 47 Ronin.
Bintang : 4.5 out of 5
p/s : ada beberapa lokasi dalam movie ni MrJocko pernah lihat masa ke Tokyo tahun lepas
One Comment