Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Filem – Abraham Lincoln Vampire Hunter

Minggu lepas, Selasa, 19 Jun 2012, MrJocko di jemput ke Tayangan Perdana filem Aksi Seram, ‘Abraham Lincoln Vampire Hunter’ di Golden Screen Cinema GSC 1 Utama. Seperti biasa, tanyangan bermula pada jam 9.00 malam dan sempat la MrJocko nak ke GSC 1 Utama kalau dari KL.

Kalau sebelum ini, cerita yang berkenaan Abraham Lincoln banyak berkisar tentang sejarah. Kali ini, ia di olah menjadi filem Aksi Seram yang memaparkan Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat adalah seorang Pemburu Pontianak.
Cerita mengisahkan Abraham Lincoln, lakonan Benjamin Walker, yang ingin membalas dendam ke atas Pontianak, apabila mengetahui yang ibu kandung beliau mati akibat dari terkena serangan Pontianak. Beliau yang kebetulan berjumpa dengan Henry Sturgess (Dominic Copper) belajar cara-cara untuk membunuh Pontianak dengan ilmu dan sepandaian Henry.
Abraham sewaktu muda menjadi semakin hebat dan berjaya memburu dan membunuh ramai Pontianak sekitar bandar kecil, namun masih belum puas kerana tidak dapat membunuh Jack Barts yang dikatakan Pontianak yang telah membunuh ibu beliau.
Ketegangan muncul bila Abraham mula mengetahu cerita siapa Henry yang sebenar dan dia mula jatuh cinta pada Mary Todd. Apa akan jadi pada Abraham? Bolehkan Abraham menewaskan Jack Barts dan ketua Pontianak Adam. Bagaimana pulak Abraham boleh jadi Presiden Amerika Syarikat?
Korang jangan lupa ke panggung berdekatan yer… Filem ni best… aku sampai 2 – 3 kali terkejut dengan scene suspen yang ada. Sib baik aku tak der sakit jantung… 🙂 Selamat menonton Abraham Lincoln Vampire Hunter.
Thanks Nuffnang dan GSC.
Bintang : 4.5 out of 5
MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.