Review Filem – The Amazing Spider-Man
|Memang ramai yang menantikan filem terbaru Spider-Man, termasuk aku sendiri. Nak tengok sejauh mana tarikan hero dan heroin baru dalam lakonan filem terbaru versi The Amazing Spider-Man.
Seperti selalunya, MrJocko join kawan-kawan yang lain untuk turut sama dalam Pratonton Filem The Amazing Spider-Man di TGV Sunway Pyramid pada malam Isnin, 2 Julai 2012 yang lepas. Saper lagi bersama MrJocko, kalau bukan Mr Sohoque.
Sedikit review atau ulasan berkenaan cerita baru The Amazing Spider-Man ini bagi pandangan MrJocko. Sememangnya jalan cerita The Amazing Spider-Man 2012 ini agak berbeza dengan jalan cerita yang sebelum ini. Kali ini, satu lagi rahsia yang belum pernah di ketahui umum, di bongkarkan di dalam cerita The Amazing Spider-Man ini. Siapa sangka akan melihat watak bapa kepada Peter Parker, iaitu Richard Parker, juga seorang saintis yang berkerja dengan Oscorp.
Akibat dari tekanan kerja dan rahsia yang tersimpan, bapanya terpaksa meninggalkan Peter di rumah Makcik Mary sebagai langkah keselamatan. Selepas itu, bapa Peter dan ibunya tidak dapat diketahui berita. Mereka hilang begitu sahaja.
Peter yang mendapatkan kuasa melalui gigitan Labah-labah sewaktu berada di dalam makmal Oscorp. Apabila DNA Labah-labah Ujian tersebut bercampur dengan DNA Peter, satu kuasa hebat terbentuk menjadikan kuasa yang hebat dalam diri Peter lakonan Kucing Garfield. Ehhh!!! Silap,,, nama dia Andrew Garfield 🙂
Tak lengkap kalau filem macam ni tiada heroin. Semestinya kemunculan watak Gwen Stacy, lakonan Emma Stone memang nampak ada unsur-unsur romantik,,, wow!!! Hehehehe.
Filem ini padat dengan aksi jugak la. Yang paling obvious, banyak scene yang kelakar dan sememangnya boleh buat korang gelak-gelak sampai tak henti. Kelakar sangat.
Untuk aksi menentang penjenayah kecilan sehinggakan aksi menentang The Lizard, memang banyak aksi dan gaya super hero yang best. Tangkas, cepat dan bijak, itulah hero Spider-Man yang baru, sememangnya Amazing.
Walaupun terpaksa menentang musuk utama, The Lizard, jelmaan saintis yang juga rakan sekerja bapanya, Sider-Man masih mampu bertahan. Bukan mudah untuk menewaskan The Lizard.
Saksikan filem The Amazing Spider-Man ini kerana bagi MrJocko di samping jalan cerita yang baru untuk sebuah cerita Adiwira Spiderman, ia juga merungkai rahsia baru, watak baru serta cabaran baru Spiderman menentang The Lizard.
Bintang : 4.5 out of 5
MrJocko.com