Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Filem – The Dark Knight Rises

Antara tayangan filem aksi Superhero yang MrJocko tunggu akhirnya sudah sampai ke Malaysia. Aksi superhero Batman yang memang terkenal seluruh dunia, kali ini dengan filem The Dark Knight Rises. Tajuk sahaja dan menunjukkan kelainan filem ini berbanding filem Batman lain, kecuali sequel pertamanya The Dark Knight.
Kali ni, MrJocko dijemput ke TGV Sunway Pyramid lagi untuk preview filem pada 9.30 malam, 18 Julai 2012 yang lepas. Memang ‘penuh’ kaunter tiket kerana masing-masing tak sabar nak tengok filem Batman 2012 ini.

Ok jom MrJocko share sedikit preview dan ulasan pasal filem Batman The Dark Knight Rises ini. Filem aksi Batman kali ini menampilkan Batman yang pada mulanya mengasingkan diri dari dunia luar kerana rasa bersalah. Dalam masa yang sama, Bane, watak jahat yang mendominasi filem terbaru Batman ini, lahir dengan mengucar-kacirkan bandaraya Gotham.
Kane dan kuncu-kuncunya konon ingin merampas Gotham City dan membuat undang-undang tersendiri. Oleh kerana masih ada rasa tanggungjawab, walaupun masih bersedih di atas kematian kekasihnya, Batman keluar dari tempat persembunyian untuk menentang Bane. Aksi pergaduhan antara Batman dan Bane berakhir dengan kekalahan teruk Batman dan di humban ke Penjara misteri.
Bruce Wayne aka Batman yang telah cedera teruk, terperangkap di dalam penjara tersebut dan dikelilingi oleh mereka-mereka yang sudah lama menetap di penjara tersebut akibat tidak dapat melarikan diri. Apa nasib Bruce Wayne dan Batman?
Paling MrJocko rasa teruja dengan kehadiran watak baru Catwoman dan juga kelahiran watak Robin. Memang cerita ni ada persamaan dengan filem The Dark Knight tetapi masih punyai identiti sendiri.
Saksikan filem The Dark Knight Rises dan korang mesti akan kata BESTTT!!!

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.