Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Filem – Here Comes The Boom

Minggu ini MrJocko dapat dua lagi jemputan Tayangan Perdana dari  Nuffnang. Sangat-sangat la best. Satu filem yang bercorak Komedi Bermotivasi dan satu lagi Aksi. Untuk entry kali ini, MrJocko kongsi untuk filem pertama, filem Komedi Bermotivasi bertajuk ‘Here Comes The Boom’
Untuk tayangan perdana filem ‘Here Comes The Boom’ ini, terima kasih kepada Nuffnang sekali lagi kerana memilih MrJocko sebagai pemenang KEDUA :). Hadiahnya, Satu Mug Eksklusif Here Comes The Boom.
Jom lihat apa ulasan MrJocko selepas menonton filem Here Comes The Boom. Filem ini mengisahkan seorang Guru Biologi, Scott Voss (lakonan Kevin James) yang dulunya seorang Guru Terbaik di sekolah, tetapi menjadi malas dan selalu datang lambat ke sekolah. Keadaan semakin teruk apabila beliau semakin dianggap ‘loser’ oleh anak-anak muridnya sendiri.
Keadaan berubah apabila pihak pengurusan sekolah, bercadang untuk memberhentikan kegiatan Ko-Kurikulum sekolah termasuk kelas latihan Muzik yang di kendalikan oleh kawan beliau Marty. Scott berusaha untuk mendapatkan sejumlah wang untuk membantu pihak sekolah supaya murid-muridnya dapat meneruskan pembelajaran Ko-Kurikulam dan Marty akan terus menjadi tenaga pengajar di situ.
Lebih menarik lagi, bila Scott mendapat sokongan dari seorang Jururawat Sekolahnya iaitu Bella Flores (lakonan Salma Hayek), yang sememangnya menjadi pujaan si Scott sejak dulu lagi.
Scott berkerjasama dengan Marty untuk mengumpul wang bagi memenuhkan tabung dana sekolah mereka sehinggalah mereka berjumpa dengan seorang bekas Peninju Martial Arts UFC bernama Niko. Sejak dari itu, Nico menjadi Jurulatih peribadi Scott dan mereka bermula dari pertarungan jalanan, sehinggalah Scott mendapat undangan untuk ke perlawanan Utama di UFC di Las Vegas.
Apa akan terjadi bila Scott yang baru berjinak dengan sukan Martial Arts UFC berlawan dengan Juara Bertahan “The Executer”? 
Filem ini penuh dengan mesej yang berguna dan banyak scene yang memberikan motivasi kepada sesiapa sahaja yang menontonnya. Bagaimana melihat seorang Guru yang sanggup membuat apa sahaja untuk kebaikkan pelajarnya. Semangat setia kawan Scott yang sanggup menolong mendapatkan duit membiayai aktiviti Ko-Kurikulum supaya Marty tidak dibuang kerja. Dan begitu gigih Scott berusaha untuk memenangi perlawanan di UFC Las Vegas sedangkan beliau berhadapan dengan peninju-peninju hebat dan professional.

Bintang : 4 out of 5

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.