Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Filem Monster University

Hari Rabu lepas, bergegas ke Citta Mall Petaling Jaya untuk tayangan Premiere Screening Nuffnang filem Monster University kat sana. Seperti biasa, terima kasih kepada Nuffnang yang menaja 2 pass masuk ke tayangan filem Monster University ni.
Filem pertama Monster Inc memang sudah lama kita lihat. Pada tahun 2001, kita kenal siapa Mike dan Sully yang bekerja sebagai “Penakut Kanak-kanak” di Monster Inc. Masa tu kita kenal Mike, Sully dan Randall sebagai watak utama.
Sedikit review pasal filem Monster University. Kali ini, Monster University menampilkan zaman sebelum Mike dan Sully bergelar kawan rapat. Kisah yang menceritakan bagaimana Mike dan Sully boleh menjadi kawan baik dan hidup mereka sewaktu di University Monster.
Banyak aksi lucu dan kelakar bila mana Mike, Sully dan Geng Oozma Kappa bertanding dalam Sukan Lasak University semata-mata untuk mendapat tepat dalam Program di University. Senang cerita, jom bawa anak-anak tengok Monster University di MBO. Cerita ni memang best untuk tontonan keluarga.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.