Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Filem – Point Blank

Aktiviti hujung minggu sememangnya memang ada slot untuk aku layan DVD atau Blu Ray Disc kat rumah. Minggu ni pilihan cerita, Point Blank, satu filem aksi dari Perancis.

Cerita ni mengisahkan Samuel yang bekerja sebagai seorang pembantu Jururawat di sebuah hospital dan sedang menjaga salah seorang pesakit yang terlibat dalam kemalangan.

Tanpa diketahuinya, pesakit di bawah jagaannya itu sebenarnya adalah salah seorang buruan penjenayah dan Polis. Samuel yang kebetulan terserempak dengan seseorang yang cuba membunuh pesakit tersebut, seorang pencuri bernama Startet. Nasib baik Samuel sempat menyelamatkan Sartet. Tapi tidak lama, apabila isteri Samuel. Nadia yang sedang sarat mengandung, kemudian di culik dan Samuel di paksa untuk mengeluarkan Sartet dari Hospital.
Filem ni memang best. Walaupun dalam bahasa Perancis, aku masih bleh layan dan jalan citer dia penuh dengan aksi. Kena pulak ada karektor Polis Jahat, Commander Werner

Commander Werner yang jahat

aksi paling getir
Kenapa Sarter di kejar penjahat dan juga pihak polis? Kenapa pula Werner sanggup membunuh Commander Polis lain? Berjayakah Samuel menyelamatkan isteri beliau, korang boleh beli sendiri DVD atau Blu Ray. Nak pinjam aku punya pun buleh… 🙂

Bintang : 4 out of 5 ( Aksi )

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.