Site icon Travel Blogger Malaysia

Review Filem : Robocop 2014

robocop_preview_2014_01

robocop preview 2014 01

Minggu ini ada cerita aksi baru untuk anda. Kali ni MrJocko berpeluang untuk menonton Nuffnang Premiere Screening filem terbaru aksi Robocop 2014. Uuntuk mereka yang mempunyai umur sebaya MrJocko, rasanya mesti ingat dengan filem pertama Robocop tahun 1987. Kali ini filem Robocop tahun 2014 tampil dengan kelainan dari segi costume dan plot cerita.

Sinopsis Filem Robocop 2014 mengisahkan seorang Polis di Balai Polis Detroit yang bernama Detektif Alex Murphy yang sedang menyiasat sebuah kes Korupsi yang berlaku di kalangan polis, khususnya rakan sekerjanya di balai Polis Detroit. Di sebabkan siasatan itu, Alex Murphy telah disabotaj dan dia melecur lebih dari 80 % akibat letupan yang berlaku di ruang parkir kereta beliau, berpunca dari cubaan membunuhnya. Letupan tersebut didalangi oleh seorang ketua penjahat dibantu oleh dua orang polis jahat.
Dalam masa yang sama, pihak OmniCorp, sebuah syarikat yang sedang me’lobi’ pihak Senat untuk meluluskan projek Polis Robot, mengambil peluang untuk menyelamatkan Alex Murphy dan dijadikan Polis Robot yang mempunyai nilai-nilai manusia.
Hasil pembedahan dan projek yang diketuai oleh Dr Norton, OmniCorp berjaya dan menjadikan Alex Murphy satu subjek Polis Robot yang mempunyai nilai-nilai manusia tetapi lengkap dengan sistem data polis dan kemahiran taktikal pertarungan polis yang hebat.
Walau bagaimanapun, pihak OmniCorp yang diketuai oleh Raymond Sellars, sebenarnya mempunyai niat jahat untuk mengambil keuntungan semata-mata dalam projek Robocop ini. Apa yang akan terjadi selepas Murphy (Robocop) mengetahui yang dia sebenarnya menjadi mangsa keadaan??? Anda kena saksikan sendiri di Pawagam berhampiran.
Plot cerita Robocop terbaru agak menarik dengan olahan yang baru. Pun begitu ada beberapa scene yang dirasakan tidak perlu, lebih-lebih lagi di awal penciptaan Robocop. Aksi agak menarik tetapi masih dalam lingkungan biasa-biasa sahaja.
Apapun, untuk tahun 2014, Robocop menjadi pilihan pertama MrJocko untuk filem aksi. Filem sains fiksyen ini kira menarik dan boleh ditonton. tak rugi anda bayar untuk menonton filem ini.
Bintang : 4 out of 5 Star
Costume lama Robocop tahun 2014

Exit mobile version