Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Filem – Snow White And The Huntsman

 

Minggu ni MrJocko berkesempatan lagi untuk ke Tayangan Perdana filem Snow White & The Huntsman. Tayangan kali ni di GSC Midvalley jam 9.00 mlm, sempat la MrJocko singgah selepas seharian jumpa klien.

 

Masa sampai selepas Maghrib, tengok Q dah panjang, dah ramai member-member bloggers tengah Q nak ambil Pass Masuk. Wah! Ramai jugak kali ni, ramai yang minat cerita Snow White ni kot? 

 

Cerita Snow White & The Huntsman ni berbeza sedikit dengan cerita Snow White yang pernah aku tengok. Jalan cerita hampir sama, ada penambahan, ada watak baru dan juga ada rahsia baru dalam cerita Snow White terbaru ini.Mengisahkan seorang Puteri Raja , Snow White yang menjadi mangsa kezaliman Ibu Tiri beliau selepas kematian Ayahanda Raja, akibat dibunuh oleh Ibu Tiri beliau, Ravenna, seorang Tukang Sihir. Ravenna seorang Sihir yang mahu kekal hidup dan mahu sentiasa cantik dengan menyedut keperawan gadis remaja.Setelah meningkat remaja, kejelitaan Snow White menjadi ancaman kepada Permaisuri Ravenna. Belum sempat Ravenna menggunakan kekuasaan Snow White, Puteri tersebut sempat melarikan diri ke dalam Dark Forest.Permaisuri Ravenna akhirnya mengarahkan The Huntsman untuk memburu Snow White supaya dapat ditangkap. Kenapa pesuruh Ravenna tidak mampu menjejak Snow White ke Dark Forest? Siapa dia The Huntsman dan berjayakah dia memburu Snow White?Paling aku teruja kali ini kerana melihat watak Snow White yang lain dari kebiasaan. Puteri yang turut sama berperang menentang Permaisuri yang jahat. Jangan risau, watak 7 Orang Kerdil Dwarf pun ada.Saksikan cerita Snow White & The Huntsman di pawagam berhampiranBintang : 4 out 5

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.