Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Filem Transformers Age of Extinction

Review Transformers Age of Extinction
 
Penutup review filem sebelum bermula Ramadhan 1435 Hijriah atau tahun masihi 2014 MrJocko sempat join jemputan dari Petronas Primax95 untuk majlis tayangan istimewa filem fiksyen hebat Transformers : Age of Extinction.
Special Screening filem sekuel Transformers 4 ini diadakan di IMAX TGV One Utama. Antara yang hadir, top management Petronas Primax95, pemegang Kad Mesra terpilih serta rakan media.
Untuk filem sekuel Transformers 2014 ini, ia sesuatu yang lebih hebat berbanding filem Transformers sebelumnya. Walaupun watak Sam, sudah tiada dalam sekuel terbaru ini, watak baru seperti Cade Yeager lakonan Mark Wahlberg serta Tessa Yaeger lakonan Nicola Peltz mungkin akan menarik ramai penonton ke panggung.
 
Review Transformers Age of Extinction
Review Transformers Age of Extinction
 
Filem Transformers Age of Extinction ini mengisahkan Autobot yang diketuai oleh Optimus Prime terpaksa bersembunyi di bumi kerana diburu oleh Robot Pemburu dan juga kerajaan Amerika.
Cade Yaeger seorang pencipta robotic secara tidak sengaja terjumpa dengan truck buruk dan membawanya pulang. Tanpa disangka, truck buruk tersebut adalah robot Transformers Optimus Prime.
Oleh kerana pihak kerajaan sedang memburu Autobot, keluarga Yaeger juga diburu dan Optimus Prime akhirnya berjaya ditangkap oleh pemburu robot.
Dalam masa sama, satu department khas yang diberi nama KSI telah mengkaji dan mencipta robot ciptaan mereka hasil penyelidikkan dari tinggalan Megatron dari Decepticon.
Jadi, apakah yang akan terjadi dengan Optimus? Siapa yang Optimus Prime bawa untuk menentang kejahatan? Apa matlamat sebenar KSI?
Aksi pertempuran dan juga plot cerita lebih banyak berbanding sebelum ini. Ditambah dengan banyak watak robot baru, anda pasti teruja dengan Transformers Age of Extinction 2014 ini. Selama 3 jam, anda pasti akan berpuas hati dengan pembaharuan Optimus Prime dan juga Bumblebee.
MrJocko sangat berpuas hati dengan filem terbaru Transformers 4 ini. Nak lagi best, tonton Transformers Age of Extinction ini dalam 3D IMAX seperti yang MrJocko tonton. Terbaik…
Bintang : 5 out of 5
  Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko
 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.