Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Filem : Twilight Saga Breaking Dawn Part 2

Setelah lama tak singgah ke sesi Tayangan Perdana Filem anjuran Nuffnang, sekali lagi MrJocko dijemputbuntuk menonton filem Twilight Saga, Breaking Dawn Part 2 di Pawagam e@Curve, Mutiara Damansara.
 
Kali ni nampaknya tanyangan perdana dilem Twilight Saga Breaking Dawn Part 2 ni berbeza sangat kerana pada tayangan perdana macam ni pun, lobby kaunter masuk e@curve dipenuhi dengan peminat-peminat filem Twilight Saga ini.
 
Mungkin tarikan filem Twiligt Eclipse, Twilight New Moon dan juga pelakon-pelakonnya menjadikan ramai yang tak sabar nak tengok kesudahan cerita Twilight Saga ini.
 
Filem Twilight Saga kali ini nampaknya sambungan dari kisah selepas Bella melahirkan anak perempuan beliau Renesmee. Kuasa Bella semakin kuat dan dia dalam proses menyesuaikan diri menjadi Pontianak dikalangan mereka.
Kisah Twilight Saga Breaking Dawn Part 2 ini memberi fokus kepada Renesmee, anak kandung Bella dan Edwards yang dikatakan mempunyai kuasa yang hebat dan kehidupan yang kekal.
 
Ini mengundang kemarahan Aro, yang merupakan salah satu Ketua Utama Pontianak yang mengetuai kumpulan Volturi. Kumpulan Volturi ini bercadang akan membunuh Renesmee, kerana kelahiran Renesmee dianggap satu kesalahan dalam kumpulan mereka.
 
Bagaimana Bella dan Edwards akan menyelamatkan nyawa anak perempuan mereka Renesmee dan bagaimana Jacob berusaha menyelamatkan nyawa Remesmee?
 

Nampaknya filem ini walaupun ada unsur mistik dan seram, tetapi ia lebih kepada kasih sayang dan cinta. Mungkin ia lebih sesuai kepada pasangan bercinta.

Bintang : 4.5 out of 5

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.