Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Filem Unbeatable 2013

Seminggu selepas hari Raya, nampaknya aktiviti dan event sebagai blogger sudah bermula. Memulakan aktiviti di bulan Ogos 2013 ni MrJocko mulakan dengan Premiere Screening Unbeatable tajaan RAM Entertainment, Nuffnang dan GSC Midvalley.
Filem baru lakonan Nick Cheung dan Eddie Pang ini sememangnya sebuah filem hebat. Nick Cheung memang dikenali dengan filem komedi, kali ini memegang watak utama dan karekter yang agak serius, namun masih mempunyai unsur komedi yang boleh buatkan anda ketawa.

Filem Unbeatable ini mengisahkan Ching Fai, 48 tahun (lakonan Nick Cheung) yang lari dari hutang, meninggalkan Hong Kong dan bersembunyi di Macau. Di sana, beliah bekerja sebagai pembantu di sebuah Gimnasium dan bertemu dengan Qi (lakonan Eddie Pang) yang berminat untuk menjadi seorang petinju Seni Mempertahankan Diri Campuran (Martial Arts Mixed).
Qi yang mengetahui bahawa Fai adalah bekas juara 2 kali tinju di Hong Kong, meminta Fai mengajar beliau seni mempertahankan diri kerana Qi mahu menyertai Mixed Martial Arts (MMA) Competition yang menawarkan hadiah sebanyak $2,700,000.
Prestasi Qi semakin baik dengan tunjuk ajar Tinju Fai, namun dia masih memerlukan teknik Mixed Martial Arts yang lain untuk membolehkan beliau menentang lawan dalam MMA. Fai pula, menghadapi kemelut hidup dan mula rasa tanggungjawab untuk menjada Dani dan emaknya sehingga sembuh. Siapa pula Dani???
Bagi MrJocko, walaupun keseluruan filem ini ditayangkan dalam bahasa Kantonis dan Mandarin, MrJocko boleh faham dan masih boleh ketawa dengan aksi lucu Nick Cheung dan ‘Dani’. Tak rugi kalau anda menonton filem ini, kerana filem Unbeatable lakonan Nick Cheung ini memang BEST.
Bintang : 4.5 out of 5

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.