Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gadget Review Galaxy Note20 Sample Pictures and Video

Puas hati bila dapat rasa sendiri kehebatan telefon pintar baru dari Samsung. Model Siri Galaxy Note terbaru ini, didatangkan dengan model Galaxy Note20 dan Galaxy Note Ultra 5G. Selepas sebulan menggunakan peranti hebat ini, ini adalah Review Galaxy Note20 Sample Pictures and Video, dengan tahap penggunaan average saya sebagai Travel Blogger Malaysia.

Sudah pasti yang paling saya suka tentang Galaxy Note20 ialah kualiti gambar dengan rakaman wide 1.5, rakaman biasa 1.0 dan juga zoom standard 2.0. Kalau tidak silap, kamera dari smartphone Galaxy Note20 ini boleh zoom sehingga 123mm. Jauh tu…

Baca : Unboxing Samsung Galaxy Note20 Malaysia Price

Galaxy Note20 Sample Pictures

 


Review Galaxy Note20 Sample Pictures and Video

Review-Galaxy-Note20-Gambar-dan-Video
 

Sudah pasti peminat smartphone yang selalu menggunakan S Pen akan menunggu model terbaru Galaxy Note. Ini kerana, ia punyai kelebihan tersendiri dan pastinya akan beri lebih kemudahan untuk kami Screen Write dengan lebih cepat. Tidak terkecuali, untuk peminat editing gambar seperti MrJocko, ia sangat membantu untuk hasilkan gambar yang menarik, seperti ini di bawah.

Pray For Pahang
Edit Using Galaxy Note

 

Namun, pasti ramai pengguna Galaxy Note lebih suka untuk gunakan fungsi Selfie dengan kualiti kamera depan 10MP. Tidak kurang juga, mereka yang suka mengambil gambar makanan dan berkongsi di laman Facebook atau Instagram. Pasti akan suka dengan kualiti gambar ‘sharp’ dari kamera Galaxy Note20 ini.
 

Review-Galaxy-Note20-Sample-Pictures-01
Selfie
Review-Galaxy-Note20-Sample-Pictures-02
Food Photography
Review-Galaxy-Note20-Sample-Pictures-03
Macro Photography Galaxy Note20

Review-Galaxy-Note20-Sample-Pictures-04

Review-Galaxy-Note20-Sample-Pictures-06
Night Photography
Review-Galaxy-Note20-Sample-Pictures-050
Zoom Lens

Review-Galaxy-Note20-Sample-Pictures-051

Review-Galaxy-Note20-Sample-Pictures-052
 

Senang cerita, kalau guna smartphone ni tak perlu bawa kamera dah, dalam smartphone ni sudah melebihi kualiti kamera biasa yang ada di pasaran. Lagipun dengan storan yang besar sehingga 256GB, ia cukup untuk menyimpan ribuan gambar bersaiz 12MP ke atas, saiz yang cukup untuk anda ‘cetak’ di mana-mana mesin Printer.

Untuk anda yang bertanyakan kualiti rakaman Video, pastinya Galaxy Note20 punyai kelebihan berbanding Galaxy Note10 sebelum ini. Video rakaman yang lebih stabil, gamar yang lebih jelas serta bunyi yang lebih jelas. Untuk contoh video Galaxy Note20 Ulta ni, lihat apa yang saya rakam dalam mode Slom Motion, handheld.

Kelebihan Samsung Galaxy Note20

1. Ciri bertenaga AI kini membolehkan anda menangkap hingga 14 jenis foto dan video secara serentak dalam masa lima hingga 15 saat dari masa tangkapan,

2. Potret memilih warna telah ditambahkan ke Single Take, yang memungkinkan anda mengambil potret seperti studio dengan memilih warna latar untuk menjadikan subjek anda menonjol,

3. Siri Galaxy Note20 membolehkan anda meminta maklumat akses Password Wi-Fi dari peranti berdekatan dengan orang dalam Kenalan anda,

4. Semasa menyambung ke Wi-Fi di tempat awam, siri Galaxy Note20 juga memudahkan mencari isyarat terpantas dan paling stabil,

5. Siri Galaxy Note20 menjadikan perkongsian lagu kegemaran terbaru anda mudah dengan pengalaman Perkongsian Muzik yang ditingkatkan.

Pasti anda berminat nak alami sendiri kehebatan Galaxy Note20, dapatkan di outlet rasmi atau layari Samsung Malaysia Galaxy Note20.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.