Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Galaxy Note20 Ultra 5G Sample Pictures and Video

Akhirnya, rezeki untuk tahun 2020 dapat juga merasa untuk pegang dan test sendiri telefon pintar yang paling hebat dari Samsung Malaysia. Ini perkongsian saya, pengalaman Review Galaxy Note20 Ultra 5G Sample Pictures and Video. Selepas lebih sebulan menggunakan smartphone ini, saya berani katakan, ia adalah peroduk peranti terbaik untuk tahun 2020.

Tiada peranti lain yang boleh menandingi Galaxy Note20 Ultra 5G dalam pelbagai sudut. Malah, ramai pengguna smartphone yang sudah mencuba peranti ini akan setuju jika saya katakan, tiada peranti lain yang hampir setanding dengannya jika diukur secara keseluruhan.

Baca : Review Smartphone Samsung Galaxy Note20 Gambar dan Video

review galaxy note20 ultra

 


Review Galaxy Note20 Ultra 5G Sample Pictures and Video

Review Galaxy Note20-Ultra-5G-Sample-Pictures-and-Video-01 copy

Review Galaxy Note20-Ultra-5G-Sample-Pictures-and-Video-02
 

Smartphone Samsung Galaxy Note 20 Ultra 5G ini dikuasakan dengan Exynos 990 (7 nm+) CPU processor dengan 256GB, 12GB RAM, UFS 3.1. Peranti ini juga mempunyai saiz paparan 6.9-inci Dynamic AMOLED 2X (1440 x 3088 pixels, 496 ppi).

Ia mempunyai 3 kamera dengan kualiti 108 MP, f/1.8, 26mm (wide), 1/1.33″, 0.8µm, PDAF, Laser AF, OIS + 12 MP, f/3.0, 120mm (periscope telephoto), 1.0µm, PDAF, OIS, 5x optical zoom, 50x hybrid zoom + 12MP kamera belakang dan menyokong fungsi Wifi, NFC, GPS, 3G, 4G LTE and 5G.

Ia didatangkan dengan Li-Ion 4500 mAh, bateri tetap di saiz 8.1mm peranti dan berat cuma 208g. Ia beroperasi dengan Android 10, One UI 2.5.

Bercakap tentang galaxy Note20 Ultra 5G, apa yang paling saya suka ialah kualit kamera wide dan tajam. Tidak lupa kebolehan 5G yang terbina di dalam smartphone ini, menjadikan ia lebih laju, pantas dan kualiti penerimaan liputan yang pasti lebih baik berbanding 4G.
 

Review Galaxy Note20-Ultra-5G-Sample-Pictures-and-Video-03
Gambar Makanan Menggunakan Galaxy Note20 Ultra 5G
Review Galaxy Note20-Ultra-5G-Sample-Pictures-and-Video-04
Hujan Gerimis
Review Galaxy Note20-Ultra-5G-Sample-Pictures-and-Video-05
Live Focus Galaxy Note20 Ultra 5G
Review Galaxy Note20-Ultra-5G-Sample-Pictures-and-Video-06
Waktu Senja
Review Galaxy Note20-Ultra-5G-Sample-Pictures-and-Video-07
Gambar Malam Galaxy Note20 Ultra 5G
Review Galaxy Note20-Ultra-5G-Sample-Pictures-and-Video-08
Gambar Zoom 2X Galaxy Note20 Ultra 5G
Review Galaxy Note20-Ultra-5G-Sample-Pictures-and-Video-09
Selfie Galaxy Note20 Ultra 5G
Review Galaxy Note20-Ultra-5G-Sample-Pictures-and-Video-11
Pemandangan guna Galaxy Note20 Ultra 5G

Nota Kaki : Semua Gambar Gambar ini dirakam menggunakan Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G secara handheld, point and shoot dan tidak ada modifikasi melainkan resize kepada dimensi 800×800 sahaja.

Apa yang saya suka tentang kelebihan Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G

Samsung Galaxy Note20 Ultra menyajikan reka bentuk premium dan mengagumkan. Ia mempunyai Samsung Pay (Visa, bersertifikat MasterCard). Selain dari ketahanan debu, ia mampun bertahan dengan air sehingga kedalaman 1.5m selama 30 minit. Ia mempunyai Stylus, latensi 9ms (integrasi Bluetooth, akselerometer , gyro). Note20 Ultra 5G turur dilengkapi dengan layar sentuh kapasitif Dynamic AMOLED 2X, warna 16M. Ia menawarkan ukuran 6,9 inci, 117,7 cm2 (~ 92,5% nisbah skrin-ke-badan) yang sangat berguna untuk bermain permainan, menonton video & melayari internet.

Samsung Galaxy Note20 Ultra menawarkan perisian yang sangat baik dan terkini. Menyajikan kualiti ciptaan yang tinggi, prestasi yang lancar, pemprosesan yang lebih baik untuk pengguna. Ia lebih bergaya dengan kualiti yang dihasilkan foto yang sangat baik walaupun dalam keadaan cahaya semula jadi & cahaya rendah.

Untuk lihat sendiri kehebatan video Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G rakaman waktu malam, lihat perkongsian saya di facebook ini.

Untuk dapatkan banyak lagi informasi tentang spesifikasi dan detail tentang Galaxy Note20 Ultra, layari laman web rasmi Samsung Malaysia Galaxy Note.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.