Site icon Travel Blogger Malaysia

Review Gambar Dari Kamera Samsung Galaxy Z Flip3 Malaysia

Selepas menjadi viral dengan jualan melebihi 500000 unit tak sampai seminggu pelancaran rasmi, kami teruja untuk turut mencuba sendiri kehebatan telefon lipat terbaru 2021 dari Samsung Korea ini. Perkongsian kali ini, kami nak ceritakan pengalaman sendiri Review Gambar Dari Kamera Galaxy Z Flip3 Malaysia dengan harga jualan rasmi RM3,999 di outlet rasmi Samsung Malaysia.

Hampir sebulan kami mencuba peranti telefon lipat Samsung ini, secara purata, kami boleh bagi 9/10 bintang. Dari segi kemasan, rekaan, paparan skrin, spesifikasi kelajuan dan yang paling utama, kualiti gambar dari kamera Galaxy Z Flip3 memang terbaik.

Baca : Blogger Malaysia Unboxing Samsung Galaxy Z Flip3

Review Kamera Galaxy Z Flip3

 


Review Gambar Dari Kamera Galaxy Z Flip3 Malaysia

Review Kamera Galaxy Z Flip3 Samsung


 

Bagi kebanyakkan pengguna smartphone, pastinya yang menjadikan tarikan utama untuk membeli sesebuah peranti telefon pintar, pasti akan melihat kepada kualiti kamera terlebih dahulu. Betul kan?

Dengan pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok. Twitter dan macam-macam lagi, kualiti rakaman gambar dan video pasti akan menjadi pilihan utama. Kemudian, dilihat storan dalaman tersedia dan seterusnya perbandingan paparan skrin yang jelas serta kelajuan pemprosesan program di dalam sesebuah telefon pintar.

Dengan kualiti kamera utama 12MP dan 10MP kamera depan untuk selfie, ia antara peranti terbaik Samsung setakat ini. Ditambah dengan Foldable Dynamic AMOLED 2X, 120Hz, paparan skrin lebih jelas dan tajam. Kelajuan Android 11 bersama processor Octa-core (1×2.84 GHz Kryo 680 & 3×2.42 GHz Kryo 680 & 4×1.80 GHz Kryo 680). Cukup lengkap.

Semua ini, lengkap di dalam sebuah telefon yang kecil boleh lipat dan senang di bawa ke mana-mana sahaja.

Kualiti Video dan Bunyi dari Galaxy Z Flip3 yang awesome

Review Gambar Dari Kamera Galaxy Z Flip3 Malaysia

Zoom 1X
Zoom 2X
Zoom 4X
Zoom 10X

Ini adalah contoh kualiti gambar yang kami cuba rakamkan dengan Zoom 1X, Zoom 2X, Zoom 4X dan Zoom 10X, fungsi yang sudah terbina di dalam aplikasi kamera Galaxy Z Flip3. Sangat berbaloi untuk kualitinya.

Nota : Semua rakaman gambar ini dari Galaxy Z Flip3, handheld (pegangan tangan) dan tiada sebarang tambahbaik, kecuali kami recilkan saiz kepada resolusi 800×800 pixels sahaja.

Untuk hasil ‘rakaman point and shoot’, rakaman yang santai dan secara segera tanpa menggunakan setting cahaya yang professional, hasilnya tetap tidak mengecewakan.

Food Photography

Selfie dengan Galaxy Z Flip3

 


 

Paling ketara, untuk rakaman outdoor, ia menaikkan warna-warna yang terang dengan jelas, lebih tajam. Untuk kami Instagrammer, ia adalah gadget terbaik untuk anda. Manakala untuk selfie, anda tak perlu menjadi professional, amatur seperti Ayish juga, boleh untuk merakam selfie dengan lebih cantik dan flawless dengan beberapa fungsi di dalam smartphone ini.

Selfie Indoor

Selfie Indoor dengan Galaxy Z Flip3

 

Fungsi pemandangan malam juga menakjubkan. Tak perlu guna fungsi ‘night’, cukup guna fungsi kamera auto biasa.


 

Keseluruhannya, gajet telefon boleh lipat terbaru dari Samsung ini memang sangat stylish. Fungsi utama, boleh lipat menjadikannya satu satunya telefon lipat paling kecil setakat ini dengan paparan skrin paling jelas.

Beli smartphone boleh lipat dari Samsung Malaysia ini dengan tawaran terbaik bersama banyak hadiah-hadiah Percuma yang ditawarkan sehingga 30 Oktober 2021 (Sementara Stok Masih Ada)

Exit mobile version