Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Review Gambar Galaxy Note10 Waktu Malam Street Photo

Smartphone kini umpama segala-galanya kepada manusia. Selain dari membuat panggilan, menerima panggilan, menghantar mesej dan akses kepada dunia internet, fungsi utama yang wajib ada pada telefon pintar adalah kamera. Percaya atau tidak, antara tarikan utama pembeli smartphone adalah kualiti gambar yang terhasil dari kamera hadapan mahupun kamera belakang. Ini Review Gambar Galaxy Note10 Waktu Malam, street photography yang MrJocko test sendiri.

Ramai yang kata, ini smartphone terbaik untuk anda bawa ketika melancong. Kecil, Bertenaga dan punyai kualiti gambar wide dan sharp.

Malam minggu yang lepas, kebetulan ada urusan di Bukit Bintang. Jadi, ini peluang terbaik untuk MrJocko ambil gambar street photography dengan menggunakan Samsung Galaxy Note10. Untuk info, semua gambar ini diambil antara jam 8.00 malam sehingga jam 10.00 malam, handheld, fungsi auto dan ketika cuaca hujan renyai.

Baca : Pengalaman MrJocko Review Smartphone Di Malaysia

review gambar galaxy note10

 


Review Gambar Galaxy Note10 Waktu Malam Street Photo

Review Gambar Galaxy Note10 Waktu Malam 02 copy

Review Gambar Galaxy Note10 Waktu Malam 01
Review Samsung Galaxy Note10

 

Kebetulan ketika sampai, hujan sudah mula turun renyai. Tidak lebat, tetapi cucuk untuk membasahi sekitar Bukit Bintang. Jadi, dari lokasi parkir kereta di sekitar Lot 10, saya bergerak ke McDonalds Bukit Bintang, Pavilion dan kembali ke Fahrenheit 88.

Memandangkan waktu itu hujan, tak banyak yan gsempat saya rakam untuk dikongsi di sini. Namun, ada beberapa gambar yang saya rasa boleh kita lihat untuk melihat betapa kualiti kamera dari Galaxy Note10.

Kalau nak tahu, spesifikasi kamera Galaxy Note10 ialah :

Kamera Belakang
12 MP, f/1.5-2.4, 27mm (wide), 1/2.55″, 1.4µm, Dual Pixel PDAF, OIS
12 MP, f/2.1, 52mm (telephoto), 1/3.6″, 1.0µm, PDAF, OIS, 2x optical zoom
16 MP, f/2.2, 12mm (ultrawide), 1/3.1″, 1.0µm, Super Steady video

Kamera Depan (Selfie)
10 MP, f/2.2, 26mm (wide), 1/3″, 1.22µm, Dual Pixel PDAF
 

Review Gambar Galaxy Note10 Waktu Malam 03
McDonalds Bukit Bintang
Review Gambar Galaxy Note10 Waktu Malam 05
Pintu Masuk Lot 10 Bukit Bintang
Review Gambar Galaxy Note10 Waktu Malam 06
Crossing Walk Bukit Bintang

Review Gambar Galaxy Note10 Waktu Malam 07

Review Gambar Galaxy Note10 Waktu Malam 08

Review Gambar Galaxy Note10 Waktu Malam 09
Bangunan TRX Kuala Lumpur

 



 

Secara peribadi, untuk 3 kamera yang ada pada kamera Galaxy Note10 ini punyai fungsi yang berlainan. Jika untuk kamera biasa, 12MP digunakan lebar 27mm. Jika untuk Zoom, 2X, ia juga mempunyai kualiti 12MP dengan lens 52mm. Paling saya suka, fungsi Ultra Wide dengan kualiti 16MP dengan saiz lebar 12mm. Cantik…

Untuk selfie, ia ada satu kamera tetapi anda boleh guna fungsi biasa atak fungsi Live Focus Selfie dengan Samsung Galaxy Note10. Gambar memang berbaloi kualiti 10MP dengan lebar 26mm.
 

Baca : MrJocko dan Review Produk Samsung Malaysia

Review Gambar Galaxy Note10 Waktu Malam 10
 

Semua gambar yan gsaya kongsi di sini adalah review saya sendiri menggunakan kamera Galaxy Not10 tanpa ada touch up atau edit. hanya ia dikecilkan kepada resolusi 800×450 Pixels atas sebab resolusi blog yang terhad.

Jadi, nilaikan sendiri, walaupun ia hanya kamera dengan 12MP dan 16MP hasil yang terhasil sangat berbaloi. Belum lagi review tentang processor dan fungsi lain yang ada pada Samsung Galaxy Note10.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.