Site icon Travel Blogger Malaysia

Hotel Review Henann Garden Resort Boracay Philippines

Henann-Garden-Resort-Boracay-01

Henann Garden Resort Boracay 01

Peluang untuk menginap di Henann Garden Resort Boracay merupakan sesuatu yang terbaik bila berada di Pulau Boracay, Philippines. Henann Garden Resort Boracay ini mempunyai standard world-class yang sememangnya menjadi pilihan pelancong Eropah untuk merasai pengalaman menginap di antara resort terbaik di Boracay Island ini.

Henann Garden Resort Boracay mempunyai 273 bilik dan suites yang mencapai standard world-class. Semua bilik dan suites mempunya balcony tersendiri kecuali bilik Deluxe. Bathtub hanya ada untuk bilik Premier dan Suites sahaja. Setiap bilik di Henann Garden Resort Boracay di lengkapi dengan LCD TV, peti ais, in-room safe, kopi dan teh, IDD dan NDD serta WIFI Percuma.

 

Review Henann Garden Resort Boracay Philippines

 

 

 

 

 

 

 

Harga bilik di Henann Garden Resort Boracay ini bermula dengan pakej paling murah iaitu : 

Deluxe Room Php 6,440 (RM472)

Premier Room Php 7,168 (RM525)

Grand Room Php 8,064 (RM591)

Premier Room Pool Access Php 9,072 (RM665)

Grand Room Pool Access Php 9,968 (RM731)

Executive Suite Php 9,520 (RM698)

Family Room Php 10,248 (RM752)

 

Untuk ke Boracay, anda hanya perlu menaiki penerbangan terus AirAsia dari Kuala Lumpur KLIA2 ke Lapangan Terbang Kalibo. Penerbangan 4 kali dalam seminggu bermula hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Anda kemudian perlu menaiki bas atau kereta ke Jeti dan kemudian menaiki bot laju ke Pulau Boracay dengan hanya 15 minit.

Untuk tempahan mudah, boleh tempah di Agoda Henann Garden Resort Boracay

Banyak lagi yang menarik di Henann Garden Resort Boracay, nantikan entry tentang #AirAsia dan #Boracay

Terima kasih kepada AirAsia dan Majalah Libur atas pengalaman ini.

Exit mobile version