Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Hotel Arch Plaza Delhi India

Penerbangan kami dari KLIA menuju je Indira Gandhi International Airport memang smooth. Sekitar jam 10.00 malam waktu Delhi, kami mendarat dengan selamat, Ding dong urusan Airport selesai kami terus ke hotel. Kali ini, aku nak kongsi pengalaman bermalam di hotel ini. Secara ringkas, aku ceritakan, Review Hotel Arch Plaza Delhi India. Tidur satu malam, sarapan pagi dan jam 8.30 pagi check-out untuk terbang ke Srinagar, India.

Waktu kami sampai dihotel ini, sekitar jam 11.30 malam. Sebenarnya, tak jauh dari lapangan terbang, tetapi jalan di bandaraya Delhi sangat sesak, walaupun membawa ke malam hari. Bunyi hon kereta akan kedengaran bising sepanjang jalan sehingga anda sampai ke destinasi. Untuk makluman, keadaan trafik di Delhi sangat-sangat teruk. Walaupun kereta mereka jenis yang kompak, teksi lokal menggunakan Otto (auto rickshaw), namun jalan sangat sesak dengan kenderaan dan motorsikal.

Review Hotel Arch Plaza Delhi India

Review Hotel Arch Plaza Delhi India

Review_Hotel_Arc_Plaza_Delhi_03
 

Pandangan pertama aku, nampak macam biasa. Secara peribadi, ia nampak macam Hotel 2 Bintang sahaja, tetapi cukup selesa untuk tempat persinggahan sementara. Ruang lobi yang sederhana besar, ada lift kecil dan tangga untuk naik ke bilik, serta bilik yang agak besar.

Rekaan dalaman, seperti rekaan lama, mungkin dari tahun 1990an. Tetapi, bilik lengkap dengan LCD TV, aircond, mini bar, air panas, lampu bacaan, meja dan almari dan selipar hotel. Acceptable. Harga aku tak pasti, tapi rasanya kalau tempah dalam talian boleh dapat sekitar MYR200 untuk 2 hari 1 malam, termasuk sarapan pagi. Tapi, kalau nak sarapan pagi Halal, kena beritahu awal-awal ya…
 

Review_Hotel_Arc_Plaza_Delhi_01

Review_Hotel_Arc_Plaza_Delhi_02

Review_Hotel_Arc_Plaza_Delhi_04

Review_Hotel_Arc_Plaza_Delhi_05

Review_Hotel_Arc_Plaza_Delhi_06

Review_Hotel_Arc_Plaza_Delhi_07

Review_Hotel_Arc_Plaza_Delhi_10
 

Kalau nak tahu, waktu kami sampai suhu sekitar 10 Darjah Celsius. Malam kan. So, bila dapat masuk bilik, mandi air panas, memang terasa segar kembali. Thumbs up untuk air panas.

Kalau macam aku, lepas mandi aku off kan lampu, aku on kan TV, cari Channel Movie, aku on kan sampai pagi esok, buat teman tidur. Hahaha…

Memandangkan lokasi hotel ni jauh sikit dari pusat tumpuan. Kami pulak, first day sampai, mamai dan penat. Aku tak larat nak keluar dan explore kawasan sekitar. Nanti ada masa kat Delhi, aku cuba tengok apa lagi yang menarik kat sini.
 

Review_Hotel_Arc_Plaza_Delhi_08

Review_Hotel_Arc_Plaza_Delhi_09

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.