Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Hotel Damai Beach Resort Kuching Sarawak

Antara lokasi hotel percutian di tepi pantai sekitar bandar Kuching Sarawak ialah Damai Beach Resort Kuching. Tempat percutian popular di Sarawak ini, Damai Beach adalah salah satu hotel yang pernah MrJocko dan family singgah ketika melawat Kuching beberapa tahun dulu.

Lokasi resort di Damai Beach ini cuma terletak dalam 40 kilometer dari bandaraya Kuching. Kalau nak tahu ia juga terletak dekat sahaja dengan Sarawak Cultural Village. Untuk ke sini, anda boleh menggunakan perkhidmatan Teksi. Ia terletak berdekatan dengan Kampung Budaya Sarawak dan Damai Golf Resort.

Baca : Tempat Menarik Di Kuching Sarawak

Damai Beach Resort Kuching

Review Hotel Damai Beach Kuching 

Pertama kali singgah di Damai Laut, bilik yang kami menginap sangat besar. Mungkin dalam anggaran saiz 500sqft. Mempunyai pilihan katil King Size dan juga Twin Single. Ada sofa diletakkan di penjuru dan kemudahan saluran TV dan juga peti ais. Ruang bilik air yang besar, ada bath tub, juga wardrobe besar dan meja menulis yang disusun cantik.

Kalau nak terangkan tentang bilik, ia mungkin punyai rekaan dan dekorasi yang agak lama, tetapi ia mempunyai ciri-ciri mewah yang pernah ada sebelum ini. Kalau dulu, bilik seperti ini memang antara bilik terbaik di sekitar Kuching dan juga Sarawak.

Harga pada masa MrJocko singgah di sana beberapa tahun lepas hanya sekitar RM250++ sahaja berserta dengan sarapan untuk 2 orang. Murahkan? Paling best, sebenarnya kami bayar lagi murah selepas diskaun special dari pihak penaja. Siapa penaja, itu rahsia la.

Damai Beach Resort Kuching 

Damai Beach Resort Kuching

Damai-Beach-Resort-Kuching

Damai-Beach-Resort-Kuching

Baca : Tempah Bilik Murah di Damai Beach Resort Kuching Sarawak

Sememangnya Damai Beach di Sarawak ini sesuai untuk percutian family dan tempat merehatkan minda. Ia memang jauh dari pusat bandar, tetapi dikawasan ini masih ada banyak kemudahan lain.

Sekeluarga atau dengan rakan-rakan, boleh mandi-manda di pantai berdekatan dan di kolam renang. Untuk pilihan yang tenang dari hiruk piruk kota dan sesi percutian tanpa kesibukkan kota, Damai Beach Resort semestinya pilihan yang terbaik di Kuching.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.