Review Hotel New Hankyu Osaka Di Umeda Station
|Tempat menarik di Osaka memang banyak. Namun, ramai yang berkongsi pendapat, Umeda Station, stesen keretapi adalah titik pusat terbaik untuk pelancong seperti MrJocko untuk ke mana-mana destinasi di Jepun. Ketika MrJocko ke Osaka tahun lepas, kami menginap di Hotel New Hankyu. Ini adalah Review Hotel New Hankyu Osaka Di Umeda Station.
Hankyu Umeda Station adalah satu lokasi yang sesuai untuk dijadikan panduan jika anda tidak tahu nak ke mana. Di sebelah station ini, Osaka Station City ada shopping mall yang agak menarik dikenali sebagai Grand Front Osaka. Jadi, kalau anda menginap di Hotel New Hankyu Osaka, mudah untuk anda cari tempat shopping.
Baca : Rahsia Nak Travel Murah Ke Jepun Muslim
Hotel New Hankyu Osaka Di Umeda Station
Memandangkan MrJocko menginap di bilik Single Room, keluasan bilik cuma dalam 1200mm x 1950mm sahaja. MrJocko akui, saiz bilik ini agak kecil. Ini lah saiz bilik biasa untuk kebanyakkan hotel di Jepun. Harga untuk bilik Single Room di New Hankyu Osaka ini bermula dari RM448.
Ruang Lobby di hotel ini agak luas dan lif ke bilik juga agak senang dan selesa. Akses ke bilik menggunakan kunci biasa dan kemudahan asas memang di sediakan di dalam bilik. Ada cerek air, ada kopi dan teh, ada meja tulis, ada TV dan juga mini fridge.
Kemudahan lain seperti almari dan bilik air juga amat selesa walaupun bilik ini agak sempit. Menariknya, setiap bilik mempunyai tab mandi. Orang Jepun memang suka mandi dalam tab mandi seperti ini. Katanya, kalau bilik air tiada tab mandi, ia tidak akan menjadi pilihan untuk rakyat Jepun menginap di sana.
Untuk seorang, bilik sebesar ini sebenarnya sudah sesuai untuk penginapan selama beberapa hari. Sebanrnya tak perlu besar sangat memandangkan pelancong hanya mahukan lokasi menginap untuk tidur di malam hari. Siang, sudah pasti berada di luar melawat tempat menarik di Osaka.
New Hankyu Osaka Hotel
Bangunan hotel ini terletak memang di tengah kesibukkan bandar Osaka dan beberapa lokasi menarik. Tidak perlu nak pergi jauh, sekitar Hankyu Umeda Station di Osaka ini punyai banyak tarikan menarik.
Sebab itu, jika anda bercadang untuk menginap di Osaka, hotel seperti New Hankyu Osaka ini antara lokasi hotel yang sesuai untuk anda menginap kerana kemudahan pengangkutan awam, lokasi tempat makan yang banyak dan walking distance tempat menarik sekitar Shopping Mall di Osaka.
Terbang ke Osaka dengan AirAsiaX dari KLIA2 ke Kansai Airport dengan tiket murah di www.airasia.com.my. Bagaimana nak dapat tiket murah di AirAsia??? #VacayWithAirAsia