Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Hotel Novotel Taoyuan Airport Taiwan

Sebelum baca enry, layan dulu beberapa keping gambar untuk cerita hotel berdekatan dengan Taipei Airport di Taiwan ini. Hotel ini antara hotel terbaik sekitar lapangan terbang. Kali ini MrJocko nak Review Hotel Novotel Taoyuan Airport Taiwan.

Review Hotel Novotel Taoyuan

Hotel Novotel Taoyuan Airport Taiwan
Hotel Novotel Taoyuan Airport Taiwan
Hotel Novotel Taoyuan Airport Taiwan
Hotel Novotel Taoyuan Airport Taiwan

MrJocko mulakan cerita trip Taipei dengan memberikan review hotel tempat kami menetap di Taipei. Kita start dengan Novotel Taoyuan Airport dan ia diklasifikasikan sebagai hotel 5 bintang. Ruang bilik, servis, pilihan makan dan kemudahan di hotel ini semestinya terbaik.

Hotel Review Novotel Taoyuan Airport Taiwan

Novotel Taoyuan terletak betul-betul bersebelahan dengan Airport Taoyuan. Dari Novotel ke bandaraya Taipei, anda perlukan sekitar satu jam hingga satu jam setengah untuk sampai ke destinasi. Boleh menaiki teksi atau bas sahaja. Laluan keretapi atau MRT dari Taoyuan Airport ke Taipei masih dalam pembinaan buat masa ni.

 

Bilik yang kami menginap ialah Standard Deluxe. Ada dua katil single, TV HD, Mini Bar, sofa, almari dan kemudahan sterika. Bilik air luas dan ada tub mandi. Paling unik, cermin bilik air di lengkapi dengan teknologi Magic Glass. Apa itu magic glass??? Cermin magic glass ini memang magik. Satu butang klik akan membolehkan anda melihat apa yang ada di belakang cermin, dan satu klik lagi akan menutup pemandangan. Hebatkan? Nak tahu lebih lanjut tentang Magic Glass, sila rujuk Google.

 

Katil memang selesa ditambah dengan bantal yang empuk. Syiokkk bila tido. View dari bilik nampak flight mendarat dan berlepas. Bestnyaa… Asalnya ia hotel transit untuk mereka yang menggunakan lapangan terbang. Tapi kalau cantik dan terbaik macam ni, lepak hujung minggu pun best 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.