Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Ikan Bakar Jalan Bellamy Belakang Istana Lama

Ikan Bakar Jalan Bellamy memang sudah lama terkenal sejak dulu. Ini tempat yang famous pilihan warga Kuala Lumpur untuk menikmati menu Ikan Bakar, Sotong Bakar, Udang Bakar dan pelbagai menu masakan bakar di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, sekali lagi MrJocko singgah di restoran Ikan Bakar Belakang Istana, Jalan Bellamy. Kali singgah makan bersama Tuah dan famili. Kami singgah awal sebelum masa Solat Jumaat, jadi tak la ramai dan sesak sangat.

Baca : Review Ikan Bakar Tang Ling

 


Review Ikan Bakar Jalan Bellamy

review_ikan_bakar_jalan_bellamy

Kami cuba menu ikan pari bakar RM12.00, ikan keli bakar RM8.00 dan juga ikan tongkol RM10.00. Ingat nak ambik sotong dan udang, tetapi harga sotong dan udang bakar kat sini agak mahal. Kalau di gerai Anwar, bawah pokok ketapang, seekor sotong cuma RM4.00 sahaja.

Ikan Bakar Jalan Bellamy
Review Ikan Bakar Jalan Bellamy

Untuk rasa ikan bakar, gerai yang mula-mula di gerai ikan bakar Jalan Bellamy ini rasanya agak kurang. Lebih kurang sama je dengan ikan bakar lain, tiada yang special. Kalau dulu MrJocko singgah di gerai paling hujung, sos untuk perapan dan bakar ikan memang lebih sedap.

Jadi kalau ke ikar bakar Jalan Bellamy belakang Istana lama, cuba dulu gerai paling hujung. Kalau dulu di gerai ini, memang rasa dia MrJocko suka. Rasa memang sedap dan harga ikan bakar pun berpatutan…

Anda peminat makanan? Sudah pasti mesti singgah di ikan bakar Jalan Bellamy ni.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.