Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Jam Time Traveller TouchNGo Watch2Pay

Sudah beberapa kali MrJocko kongsi tentang jam hebat ini, Jam Time Traveller TouchNGo Watch2Pay yang kini semakin mendapat tempat dikalangan pengguna Kad Smart TouchNGo. MrJocko pernah kongsi teaser informasi tentang produk ini di entry ini -> TimeTraveller Watch Touch-N-Go Pertama Di Malaysia. Kali ini, MrJocko nak kongsi sedikit review jam Time Traveller TouchNGo Watch2Pay ini.

Produk hebat ini boleh dibeli secara online di laman web www.11street.my dengan harga promosi RM222 (sementara promosi masih sah). Kemudian ia akan dihantar ke lokasi anda secara PERCUMA. Menarik, tidak sampai beberapa hari produk hebat ini sampai di tangan anda dengan keadaan pakej yang sangat kemas dan memuaskan.

Jam Time Traveller

Time Traveller TouchNGo Watch2Pay

Bungkusan dikemas dengan baik dan MrJocko rasa jaminan untuk barang supaya sentiasa dalam keadaan baik menjadi keutamaan 11Street Malaysia. Lihat sahaja bungkusan yang MrJocko terima ini, sangat-sangat selamat dan dibungkus rapi bagi mengelak dari kerosakkan.

Ini antara sebab, kenapa laman belian online 11Street.my antara laman belian paling dipercayai di Malaysia.

Time Traveller TouchNGo Watch2Pay Time Traveller TouchNGo Watch2Pay jam touch n go

Dalam setiap unit Jam TouchNGo Time Traveller ini, akan mempunya seutas jam, satu kad TouchNGo versi SIM Card dan juga buku panduan. Jangan risau, mudah sahaja untuk memasang kad ini, semudah A, B dan C. Masukkan sahaja ke dalam slot jam yang disediakan, anda terus boleh pakai jam tersebut dan kad Touch N Go anda sedia untuk digunakan.

Jam Touch-N-Go Time Traveller

Jam-Touch-n-Go

Sebelum nak guna, pastikan anda Top-up dulu kredit Jam Touch-N-Go anda ni dulu untuk mengaktifkannya. Cara nak top-up pun mudah, MrJocko guna kiosk Touch-N-Go seperti menggunakan Kad biasa dan tak sampai 3 minit, semua selesai dengan baki yang baharu.

Mudah bila guna jam Touch-N-Go Time Traveller ini.

Cara Top-up Touch-N-Go

cara-top-up-touch-n-go cara-top-up-touch-n-go cara-top-up-touch-n-go

Pergi ke mana-mana kiosk atau kaunter top-up Touch-N-Go. Pilih jumlah yang anda mahu top-up, bayar dan kini baki kad anda akan bertambah. Jam anda kini sudah menjadi wallet dan juga kad prabayar untuk anda gunakan di semua lokasi yang menerima pembayaran Touch-N-Go seperti menggunakan Tol Lebuhraya, membeli belah di pasaraya yang mengambil bahagian atau menggunakan perkhidmatan kenderaan awam seperti bas, LRT atau Monorel.

Cara Guna Jam Touch-N-Go Di Tol

guna-jam-touch-n-go guna-jam-touch-n-go guna-jam-touch-n-go

MrJocko berpeluang mencuba jam Time Traveller Watch2Pay ini untuk membayar Tol.  Dengan mempunyai baki RM10, MrJocko berjaya membayar tol dengan mudah di laluan Touch-N-Go di Tol Penchala Link, Tol LDP dan juga Tol Subang Jaya. Hulurkan tangan sahaja, kad di dalam jam akan berfungsi dengan baik.

So, seperti yang pernah MrJocko beritahu, dengan jam yang mempunyai fungsi prabayar seperti jam Time Traveller Touch-N-Go Watch2Pay ini, anda tak perlu risau lagi akan kehilangan kad anda. Semuanya berada di pergelangan tangan anda dan boleh mebuat bayaran bila-bila masa dan dimana-mana lokasi yang menerima Touch-N-Go.

Selamat Mencuba

Jam-Touch-n-Go

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.