Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

Selepas satu bulan lebih bersama Samsung Galaxy S22 Plus, kami sudah lebih yakin dengan peranti ini. Gajet premium dari Samsung ini nampaknya tidak mengecewakan. Untuk kami, pilihan rakaman gambar dan video menjadi faktor utama pemilihan. Seperti biasa, kali ini, kami kongsikan pengalaman kami bermain dengan peranti ini dan Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia.

Saiz Galaxy S22 Plus bersesuaian dengan tangan saya sendiri. Saiz 6.6 inci ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil bila berada ditangan. Saiz ngam-ngam ini membolehkannya senang untuk dikawal samada untuk mengambil gambar, video atau merakam gambar selfie (suarfoto).

Baca : Full Review Galaxy S22 Plus Malaysia Gambar dan Video

Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus

Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
 

Untuk info, kamera Galaxy S22 Plus mempunyai 3 kamera di bahagian belakang dan 1 kamera depan. Kamera utama di belakang mempunyai kualiti 50MP, f/1.8, 23mm (wide), 10MP, f/2.4, 70mm (telephoto) 3x optical zoom dan 12MP, f/2.2, 13mm, 120˚ (ultrawide).

Manakala kamera depan untuk rakaman selfie (suarfoto) ia mempunyai kualiti kamera 10MP, f/2.2, 26mm (wide), 1/3.24″, 1.22µm, Dual Pixel PDAF.
 

Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
Crop 5X
Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
Food Photography

Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
Crop 10X, Masih Jelas

 

Baca : Unboxing Galaxy S22 Plus Blogger Malaysia

Faktor utama dalam pemilihan telefon pintar biasanya bergantung kepada 3 ciri utama. Pertama rekaan, kedua spesifikasi dan ketiga harga yang ditawarkan.

Untuk model Galaxy S22 Series ini, khususnya Galaxy S22 Plus, ia memang satu pilihan yang sangat bijak.

Dengan rekaan moden, ia dilengkapi dengan pelbagai sistem operasi yang lebih laju, spesifikasi kualiti kamera yang lebih jelas serta fungsi multitaksing yang terbukti, laju walapun memproses 2 – 3 aplikasi dalam satu-satu masa.

Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
Macro Shoot
Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
Sunset

Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
 

Paling ketara untuk model ini ialah tambahbaik kualiti bagi rakaman gambar waktu malam supaya ia lebih jelas. Jika anda merakam gambar waktu malam, dengan sedikit sahaja bantuan lampu, ia pasti akan memberikan hasil gambar yang lebih terang dan jelas, berbanding kualiti dari kamera telefon pintar jenama lain.

Tangan yang tidak stabil, tidak perlu risau kerana peranti Galaxy S22 Plus ini ada kelebihan anti-stabilizer, khususnya untuk rakaman video. Terbaik bukan?
 

Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
Gambar Malam

Review Kamera Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
Gambar Senja

 

Lihat sendiri beberapa contoh yang kami rakam sepanjang menggunakan telefon pintar Samsung ini. Semua gambar-gambar ini menggunakan handheld, tanpa bantuan tripod, point and shot dan kami rakam impromtu, tanpa membuat setting secara professional.

Pasti model peranti ini akan menjadikan koleksi gambar anda semakin jelas dan hasil gambar seperti diambil oleh seorang photographer professional. Berbaloi dengan harga jualannya.

Untuk lebih lanjut tentang Samsung Galaxy S22 Series, anda boleh dapatkan informasi lengkap di laman web Samsung Malaysia.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.