Review Kamera Sony A7Sii Dari Sony Malaysia Trip Ke Koh Samui
|FAM Trip ke Koh Samui bulan lepas, MrJocko bawa kamera Sony. Tujuan utama ialah untuk merasai sendiri pengalaman mencuba gadget jenama Sony ini untuk merakam gambar-gambar sepanjang tempoh kembara selama 4 hari 3 malam. Ini Review Kamera Sony A7Sii Dari Sony Malaysia Trip Ke Koh Samui berdasarkan pengalaman MrJocko sendiri.
Sony A7Sii yang MrJocko bawa ini disertakan dengan kit lens Sony FE 28-70mm f3.5-5.6 OSS lens. Namun sebab MrJocko seorang yang suka wide, MrJocko lebih suka guna kit lens kamera mirrorless Sony NEX model Sony E PZ 16-50mm f3.5-5.6mm OSS lens.
Baca : Review Kamera Sony RX100 Kamera Kompak Terbaik
Review Kamera Sony A7Sii Dari Sony Malaysia
Info Ringkas – Sony A7 adalah kamera Pro Full Frame Mirrorless. Ia mempunyai kualiti maksima 24.3MP dengan 35mm full frame sensor.
Untuk info, sebagai seorang Travel Blogger, keselesaan dan fungsi auto pada kamera menjadikan keutamaan kepada MrJocko memandangkan MrJocko perlukan masa yang cepat dan mudah ketika nak rakam gambar dan video. Jadi, untuk setting kepada fungsi M, A atau P pada kamera bukan sesuatu yang mudah. Sebab itu, antara kelebihan kamera Sony A7Sii ini, fungsi Auto pada kamera ini memudahkan kerja MrJocko.
Lihat sahaja hasil dari gambar yang MrJocko rakam menggunakan kamera Sony A7Sii ini. Hampir semua gambar ini adalah dari ‘point and shoot’ dengan hanya menggunakan konsep handheld tanpa tripod dan juga fungsi auto pada kamera.
Makanan (Outdoor)
Pemandangan (Outdoor)
Warna (Outdoor)
Gadget Review Kamera Sony A7Sii Sony Malaysia
Aksi dan Zoom 50mm (Outdoor)
Night Photography
Kesimpulan Review Kamera Sony A7Sii Dari Sony Malaysia
Secara peribadi MrJocko suka saiz kamera keluarga Alpha yang terbaru ini. Jenis model Sony A7 ini memang lebih kecil berbanding kamera DSLR biasa jenama lain. Bila lebih kecil, senang nak bawa dan letak dalam beg sandang. Tidak la terlalu berat.
Walaupun kamera model Sony A7 ini kecil, tetapi hasil gambar yang terhasil jauh lebih baik dan punyai pelbagai fungsi tambahan.
Paling MrJocko suka adalah fungsi ‘auto correction‘ untuk gambar-gambar ‘back light‘ seperti di bawah. Ia banyak membantu gambar dari terus gelap dan malap. Fungsi auto correction ini memang awesome dan rasanya hanya ada pada kamera Sony sahaja. MrJocko pernah guna Sony NEX 3N dan Sony A5100, memang ada fungsi yang sama.
Perlu diingat juga, gambar-gambar ini hanya menggunakan lensa kit lens 16-50mm dan kit lens 28-70mm. Bayangkan kalau hasil dari kamera yang mempunyai f1.8 atau f2.8, sudah pasti hasilnya akan jauh lebih cantik.
Nak cari kamera? Boleh la berkira-kira untuk mencari kamera sony dari keluarga Mirrorless seperti model Sony A6000 atau Sony A6500. Layari laman web rasmi mereka di sini :
Kalau ada rezeki lebih, invest kepada model Sony A7 atau model baru Sony A9. InsyaAllah, korang pasti akan berpuas hati.
Gambar-gambar selama MrJocko ke Koh Samui diambil dari kamera Sony A7Sii. Antaranya boleh lihat di blogpost ini http://www.mrjocko.com/2017/06/celes-beachfront-resorts-koh-samui.html