Review Kamera Sony RX0 Adakah Ini Kamera Kecil Terbaik Dunia?
|Hari ini, Sony Malaysia kembali memperkenalkan 3 lagi kamera mereka yang bakal berada di pasaran Malaysia. Ini adalah cerita ringkas Review Kamera Sony RX0 Adakah Ini Kamera Kecil Terbaik Dunia? Jawapannya Ya bagi pandangan peribadi MrJocko.
Model terbaru RX0 (dibaca RX zero) ialah jenis kamera baru yang direka untuk generasi baharu untuk rakaman yang lebih kreatif. Pada mula, MrJocko ingat ia adalah kamera aksi rakaman wide seperti model X3000R, tetapi rupanya ia seperti kamera biasa, tetapi mempunyai saiz lebih kecil dan kompak.
Review Kamera Sony RX0
RX0 memberi maksud ia kamera yang boleh digunakan dari pelbagai keadaan. Ia kalis air (waterproof, kalis hentakan (shockproof) dan tahan lasak (crushproof). Model jenis Sony RX0 ini dihasilkan dengan meletakkan semua kualiti terbaik kamera Sony dalam bentuk yang peling kecil untuk ekspresi fotografi dan videografi kreatif yang tidak terhad.
Ramai yang mengatakan antara kelebihannya ialah bila menggunakan 1.0-type Exmor RS CMOS image sensor. Apa maksudnya? Ia memberi kelebihan untuk rakaman gambar yang lebih cepat, kumpul cahaya lebih tepat untuk mengurangkan ‘noise’ dan hasil gambar dan video yang lebih baik semestinya. Satu lagi, ia dilengkapi dengan lensa kualiti terbaik ZEISS Tessar T* Lens. Lensa ini menghasilkan gambar resolusi tinggih yang lebih baik.
RX0 adalah kalis air ke kedalaman sehingga 10m (33ft) dengan sendirinya, dan boleh digunakan sehingga 100m (330ft) apabila dilindungi oleh ‘Housing’ MPK-HSR1 baru.
Ia mempunyai berat hanya sekitar 110g (3.9oz) dan berukuran sekitar 60 x 41 x 30mm (2.38 x 1.63 x 1.19in). Dengan bentuk ini, Sony telah berjaya membina kamera berteknologi tinggi dengan saiz kamera yang sangat kecil.
Bagi video, kamera Sony RX0 boleh merakam rakaman video dalam kualiti 4K dengan output HDMI. Untuk fungsi lain, Sony RX0 juga mempunyai tangkapan gerakan super ‘Slow Motion’ gerak perlahan sehingga 960/1000fps, menawarkan pilihan Profil Gambar dan S-Log2.
Kalau guna kamera RX0, ia membolehkan korang merakam gambar sehingga 16fps untuk rakaman berterusan. Dengan kualiti 15.3MP, sudah pasti bagus untuk mereka yang suka rakam aksi sukan dan super high speed image.
Kamera lain yang turut diperkenalkan pada hari ini ialah kamera kompak model RX10M4 (RX10MIV) dan juga Video Camcorder model AX700.
Antara hasil kualiti rakaman dari kamera RX0 dan RX10MIV boleh korang lihat di sini.
Secara peribadi, fungsi yang ada pada Sony RX0 adalah terbaik setakat ini. tetapi, bagi yang menyukai saiz lensa yang lebih lebar (wide), rakaman saiz 24mm adalah tidak cukup untuk dijadikan kamera aksi seperti model X3000R. Sepatutnya, model ini didatangkan dengan saiz lensa 16mm.
Untuk info rakan-rakan, model-model kamera terbaru Sony Malaysia ini, RX0, RX10IV dan AX700 akan berada di pasaran dan kedai jualan di Malaysia pada hujung bulan Oktober 2017 dengan harga seperti di bawah :
- DSC-RX0 – RM 3,199
- DSC-RX10IV – RM 7,999
- FDR-AX700 – RM 7,299
Maklumat lanjut layari laman web rasmi Sony Malaysia Camera http://www.sony.com.my/electronics/cameras atau laman Facebook Fanpage Sony Malaysia https://www.facebook.com/SonyMalaysia/
Atau kalau nak lihat review produk Sony Malaysia dari MrJocko layari link ini Sony Camera A7sii http://www.mrjocko.com/2017/07/review-kamera-sony-a7sii.html.
Kalau anda dah review kamera Sony RX0 ini, boleh la kongsi dan komen di bawah untuk sama-sama kita dapatkan info dan pandangan yang mungkin boleh memberi faedah kepada rakan-rakan lain.