Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Kamera Zoom Galaxy A72 Kualiti 64MP Low Light

Saya nak kongsi, percubaan saya Review Kamera Zoom Galaxy A72 Kualiti 64MP Low Light. Ketika mula-mula smartphone di datangkan dengan aksesori kamera, ramai yang tak kisah tentang kualiti megapixel kamera. Masa tu, asalkan smartphone ada kamera, ia sudah cukup puas. Tambah-tambah dengan kehadiran rakaman video telefon 3gp. Kini, kualiti megapixels memainkan peranan penting dalam pemilihan sesuatu kamera. Saya ambil contoh telefon jenama Samsung Galaxy A Series, kebanyakkannya kini datang dengan kualiti gambar yang terbaik.

Tiada lokasi lain yang lebih sesuai untuk menguji cabaran kualiti gambar Samsung Galaxy A72 saya selain dari menggunakan objek bangunan KLCC. Ia bukan sahaja ikon kepada negara Malaysia, ia juga menjadi kebanggaan kita semua, rakyat Malaysia.

Baca : Gadget Review Samsung Galaxy A72 Kamera Quad 4 Lensa

review kamera galaxy a72

 


Review Kamera Zoom Galaxy A72 Kualiti 64MP Low Light

Review Kamera Zoom Galaxy A72 Kualiti 64MP Low Light copy
 

Dengan hanya menjadikan bangunan KLCC, kami bergambar dan menjadikannya fokus kepada gambar-gambar kami. Kamera dengan setting (tetapan) automatik, handheld dan tiada tambahan cahaya. Kami hanya menggunakan cahaya lampu yang sedia ada. Hasilnya, sangat memuaskan.

Lihat contoh gambar-gambar ini dengan mengikut turutan saiz wide hingga ke zoom 30 kali.

Review Kamera Zoom Galaxy A72 Kualiti 64MP Low Light 01
Fungsi Kamera Wide 0.5
Review Kamera Zoom Galaxy A72 Kualiti 64MP Low Light 02
Fungsi Kamera Standard 1.0
Review Kamera Zoom Galaxy A72 Kualiti 64MP Low Light 03
Fungsi Kamera Zoom 2.0
Review Kamera Zoom Galaxy A72 Kualiti 64MP Low Light 04
Fungsi Kamera Zoom 4.0
Review Kamera Zoom Galaxy A72 Kualiti 64MP Low Light 05
Fungsi Kamera Zoom 10.0

Review Kamera Zoom Galaxy A72 Kualiti 64MP Low Light 06
Fungsi Kamera Zoom 20.0

 

Mengikut fungsi yang ada dalam kamera Galaxy A72, ia mampu untuk zoom sehingga 30 kali, namun tak sempat saya gunakan. Mulanya ingatkan ia boleh pergi hingga 20 kali sahaja, tetapi ternyata saya silap. Pastinya, untuk pengcahayaan yang cukup seperti diwaktu siang hari, dengan kedudukan kamera yang stabil, ia mampun merakan gambar yang lebih jelas dan lebih cantik.
 

Review Kamera Zoom Galaxy A72 Kualiti 64MP Low Light 07
Hasil dari kamera Galaxy A72 dengan sedikit tambah baik menggunakan Aplikasi Snapseed.

Untuk gambar di atas, jangan terkejut kerana yang mengambilnya ialah anak saya yang paling bongsu, Ayish yang baru sahaja berumur 7 tahun. Walaupun masih kanak-kanak, fungsi tetapan kamera automatik di dalam smartphone Galaxy A Series ini memudahkan sesiapa sahaja untuk merakam momen-momen kenangan di mana jua anda berada.

Sebab itu, jika anda kaki bergambar, boleh la dapatkan model Galaxy A Series. Layari pautan koleksi model-model telefon pintar yang hebat di laman web rasmi mereka Samsung Malaysia.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.