Ingat tak entry MrJocko tentang kasut kesihatan Footlink? MrJocko guna kasut sukan Footlink ini ketika sertai Johor Media race 2016 selama 4 hari 3 malam dari KL – Tangkak – Muar – Kota Tinggi – Johor Bahru. Sekarang, MrJocko nak kongsi pandangan tentang penggunaan kasut Footlink ini untuk panduan anda semua. Ini adalah Review Kasut Kesihatan Footlink Khas Untuk Diabetes.
Sejak hari pertama lagi MrJocko memakai Footlink, terasa kelainan ada dalam kasut ini. Walaupun pertama kali melihat rekaan kasut ini, nampak macam bulat dan tiada shape, tetapi bila MrJocko kenakan dengan pakaian, Wah!!! Nampak ada gaya kan?
Baca : Kasut Kesihatan Untuk Diabetes Footlink
Review Kasut Kesihatan Footlink
Pakai Kasut Footlink Pun Boleh Bersukan Aktif
Rekaan dalaman kasut Footlink ini sebenarnya sangat fleksibel dan memberi ruang yang luas untuk kaki anda ‘bernafas’. Dalam erti kata lain, kaki anda tak akan tertekan dengan tekanan kasut yang akan membuatkan kaki anda penat dan stress.
Kasut Kesihatan Footlink Khas Untuk Diabetes
Bukan setakat untuk berjalan, kasut jenis sukan Footlink ini memang sesuai untuk aktiviti berlari dan juga untuk aktiviti sukan. MrJocko pernah menggunakan kasut ini untuk permainan tradisional ‘Sepak Yem’ ketika menyertai media trip Tourism Johor dan MrJocko menang, dengan gelaran Timbangan Terbanyak. Yeay!!!
Paling best untuk kasut ini, tapak yang disediakan memang buat tapak kaki MrJocko selesa dan lembut. Ia memang untuk kegunaan seharian dan tidak membuatkan kaki MrJocko berpeluh. Nak lagi selesa, guna stoking Footlink dan krim kulit khas jenama Footlink, sudah pasti anda akan selesa seharian walaupun jauh berjalan.
Sepanjang MrJocko guna kasut ini dan buat Review Footlink Kasut Kesihatan jenama Footlink ini, ia memang selesa. Ada yang bertanya ‘Mana MrJocko beli?’ sebab kalau dari jauh ia kelihatan agak padat, cantik dan bergaya, seperti jenama kasut sukan yang bertaraf antarabangsa.
Ini entry awal MrJocko tentang Kasut Footlink Malaysia ini http://www.mrjocko.com/2016/05/kasut-kesihatan-footlink-malaysia.html
Untuk dapatkan kasut ini, layari Facebook Fanpage Footlink https://www.facebook.com/footlinktowellness/?fref=ts atau boleh ke HQ Footlink https://footlinkonline.com di alamat :
2, Jalan Seruling 36, Taman Klang Jaya, 41200 Klang, Selangor, Malaysia
Phone :+60 3-3323 3636
Masa :
Monday 9AM–5PM
Tuesday 9AM–5PM
Wednesday 9AM–5PM
Thursday 9AM–5PM
Friday 9AM–5PM
Saturday 10AM–6PM
Sunday Closed