Review Liga Super Fantasy
|
Dua tiga bulan lepas MrJocko ada la register game Fantasy yang dikenali dengan nama Liga Super Fantasi. Rasanya game ni dikendalikan oleh somebody dari Malaysia dan corak permainannya menyerupai permainan Fantasy Premier League.
Main game Liga Super Fantasi ni best jugak la, pasal sekurang-kurangnya siapa yang main mengetahui senarai pemain-pemain Liga Super Malaysia disamping kreativiti dan kepandaian masing-masing memilih pemain mereka.
Yang tak best, cara Admin Liga Super Fantasi ni ‘update’ points tersangat la lambat. Game dah habis beberapa hari, baru la points dikemaskini. Lepas tu keputusan perlawanan semasa pun lambat disiarkan, tidak seperti Fantasy Premier League.
Harap pihak Admin Liga Super Fantasi boleh memperbaiki mutu kendalian web tersebut.
Glamorous MrJocko