Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Makan Soru Station Shah Alam Seksyen 13

Lepas balik raya, kami cam biasa ke Shah Alam, rutin mingguan. Lama nak singgah sini, kami ambil kesempatan review makan Soru Station Shah Alam Seksyen 13. Kedai ni berada di belakang sikit, berdekatan dengan pejabat Les Copaque Upin Ipin. Tak jauh dari Stadium Shah Alam dan juga AEON Big Shah Alam.

Pertama kali, kami makan menu-menu Restoran Soru Station di cawangan Setapak. Lama dah, kali ni baru dapat singgah balik di cawangan Shah Alam. Kebetulan kedai ini antara yang buka selepas cuti raya yang panjang.

Baca : Western Masak Sendiri

Review Makan Soru Station Shah Alam Seksyen 13

Soru Station Shah Alam

Soru Station Shah Alam
Grilled Chicken

 

Memandangkan restoran ni seperti restoran hipster, ye kot, kami buat tempahan guna applikasi sahaja. Namun beberapa kali cuba, seperti tak berapa kemas lagi sistem mereka. Atau mungkinkah aku yang dah tua tak pandai guna teknologi. Lepas order, kena panggil staff juga untuk confirmkan, risau takut tak masuk dalam tempahan di dapur.

Meja agak basah dan melekit. Mungkin jenis meja. Tapi rasa memang tak selesa. Kena pulak, tempahan yang ada dalam sistem menu, tapi tak ada di dapur. Terpaksa tukar minuman lain.

Kami order Aglio Olio Chicken, Grilled Chicken 3 set. Air macam biasa ambil yang standard saja, Teh Ais, Teh O Ais dan Mango Ais.

Waiting tak lama, boleh kata cepat, namun dari segi kualiti makanan, rasa memang tak berapa nak sedap. Serius. Kuah dia tak power. Ayam masak, tapi ntah la. Spaghetti atau pasta dia pun biasa-biasa jer.

Nasib baik harga kira masih murah. Kalau tak, memang menyesal makan kat sini. Jauh sangat rasa kualiti makan kat sini dengan outlet di Setapak.

Malas lah nak tulis lagi… tak da mood nak makan. Hahaha

Soru Station Shah Alam

Soru Station Shah Alam

Soru Station Shah Alam

Soru Station Shah Alam

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.