Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Makan Warung Pak Ya Taman Beringin Jinjang Kuala Lumpur

Kali ini, sempat juga jejak lokasi makan popular di Jinjang. Restoran makanan nasi campur ini memang dah lama popular di sekitar Kepong, menyediakan menu makanan Melayu termasuk juga menu ala carte dari pagi hingga ke malam. Sehari sebelum Ramadhan, kami singgah untuk makan tengahari, kami nak review sendiri makanan di Warung Pak Ya Taman Beringin Jinjang Kuala Lumpur.

Kami guna aplikasi Google Maps untuk pandu kami ke sini. Maklumlah, tak pernah sampai. Rancangan kami, nak singgah awal, sebab nak dapatkan lauk yang baru di masak dan tak nak serabut dengan orang ramai masa makan tengahari.

Baca : Makan Siakap Tiga Rasa Di Nuri Tomyam Kampung Baru

Review Makan Warung Pak Ya Taman Beringin

 


Review Makan Warung Pak Ya Taman Beringin Kuala Lumpur

Review Makan Warung Pak Ya Taman Beringin
 

Seawal jam 12.00 kami dah sampai. Ruang parking masih banyak kosong dan luas, terletak betul-betul dihadapan restoran. Ya, pelanggan masih belum ramai dan kami ada masa untuk memilih lauk dengan tenang.

Namun rupanya, ada beberapa lauk lain yang popular di sini, nampaknya dan tinggal separuh. Mungkin sebab ramai lagi pelanggan yang sudah singgah makan di sini. Walaupun lokasinya agak tersembunyi, tetapi sebab menu makanan di sini terkenal dengan rasa dan harga yang agak murah membuatkan ramai pelanggan sanggup untuk mencari peluang singgah makan.
 

Review Makan Warung Pak Ya Taman Beringin

Review Makan Warung Pak Ya Taman Beringin

Review Makan Warung Pak Ya Taman Beringin

Review Makan Warung Pak Ya Taman Beringin

Review Makan Warung Pak Ya Taman Beringin

Review Makan Warung Pak Ya Taman Beringin

Review Makan Warung Pak Ya Taman Beringin

Review Makan Warung Pak Ya Taman Beringin

Review Makan Warung Pak Ya Taman Beringin
&nsbp;

Paling nampak menggiurkan, ayam goreng rangup. Ia dimasak panas-panas dan dihidangkan dimeja utama. Tak kurang menarik, ikan keli bakar, ikan tongkol bakar, ikan pari bakar, ikan kembung bakar, gulai daging, telur sotong, telur goreng, sayur, ulam-ulaman dan banyak lagi.

Ini antara menu makanan nasi campur siang. Kalau di sebelah petang dan malam, ada menu laksa, mee kari, nasi lemak dan banyak lagi menu makanan ringan lain.

Kalau anda nak cuba menu nasi campur yang sedap, murah dan selesa, lokasi Warung Pak Ya Taman Beringin ni mensti kena cuba. Tak jauh dari ibukota, ada ruang parkir yang luas, ruang meja makan yang selesa, susun atur kemas, tandas yang bersih. Memang kami sangat mengesyorkan restoran macam ni.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.