Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Portable Drive Seagate 1TB External Hard Disk Baru

Untuk mereka yang mengumpul banyak koleksi gambar seperti MrJocko, storage simpanan External Hard Disk sebanyak 1TB (Terabyte) pun masih belum mencukupi. 2 tahun lepas MrJocko pernah membeli satu External Hard Disk 3.5″ jenama Seagate, tetapi sudah hampir penuh. Terpaksa la kali ini membeli external drive 1TB lagi untuk menyimpan koleksi gambar-gambar baru.

 

Untuk external hard disk yang baru, MrJocko memilih Seagate Backup Plus Slim Portable berkapasiti 1TB dan menyokong USB 3.0. Produk Seagate ini nipis setebal hanya 12.1mm, diperbuat dari rekaan Metal dan sangat ringan.

 

  

 

Review Portable Drive Seagate 1TB
Portable Drive Seagate 1TB : External Hard Disk

 

 

MrJocko beli portable hard disk Seagate 1TB ini di Viewnet Computer dengan harga RM229. Namun ada beberapa kedai didalam bangunan Lowyat juga menjual produk yang sama dengan harga RM219. Jenis ini berbeza dengan jenis satu lagi kerana ia boleh digunakan di OS Windows dan OS iOS Mac dalam masa yang sama, tidak perlu format setiap kali hendak menukar dari Windows (Lenovo) kepada OS X (Macbook).

 

Untuk permulaan, Seagate Portable Drive ini perlu di muatnaik di dalam Windows atau OS X. Caranya mudah sahaja :

 

1. Sambungkan Portable Hard Disk anda kepada laptop anda dan download link yang diberikan.

 

Portable Drive Seagate 1TB : External Hard Disk

 

 

 

2. Tunggu sehingg Software yang dimuatnaik selesai dan kemudian anda akan dapat melihat beberapa file Seagate kini berada di Desktop Laptop anda.

 

Portable Drive Seagate 1TB : External Hard Disk

 

 

 

3. Bila sudah siap, anda akan lihat satu Ikon yang tertera seperti ini, Seagate Backup Plus Drive. Selesai, anda sudah boleh gunakan software ini.

 

 

 

Review Portable Drive Seagate 1TB

 

 

 

Tip Menjaga Portable Hard Disk

External atau Portable hard disk seperti Seagate Slim ini sebenarnya lasak, tetapi kalau boleh, kita sebagai pengguna mesti menjaganya dengan baik. Antara salah satu TIP menjaga portable drive ini ialah sentiasa meletakkannya dalam keadaan stabil, tetap dan tidak menggerakkannya ketika ia menulis, menyimpan atau ‘bekerja’. Jika tidak, kalau ruang disk di dalam bergegar, ia boleh merosakkan hard disk ‘dalaman’ anda.

 

Begitu juga dengan aktiviti memasukkan USD Micro dan mengeluarkan USB Micro. TIP cuma tarik dan tolak sahaja, jangan gerakkan kiri ke kanan atau atas bawah untuk memasuk dan mencabut USB Micro anda. Jika tidak, port USB tersebut akan cepat haus dan rosak.

 

 

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.