Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Prestasi Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

Peranti Telefon Pintar zaman ini, bukan hanya sekadar untuk bercakap dengan orang yang jauh serta menghantar pesanan teks, tetapi lebih dari dari fungsi tersebut. Jika dulu, penggunaan telefon bimbit sangat terhad. Namun kini, ia dipertingkatkan dengan pelbagai teknologi moden hinggalah dikenali dengan nama smartphone (telefon pintar). Kali ini, kami nak kongsi pengalaman kami, Review Prestasi Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia.

Dengan binaan prosessor dalaman Exynos 2200 (4 nm), Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm) serta CPU Octa-core (1×2.8 GHz Cortex-X2 & 3×2.50 GHz Cortex-A710 & 4×1.8 GHz Cortex-A510), ia antara mesin yang boleh memproses data dengan laju dikalangan produk terkini di seluruh dunia.

Baca : Contest Galaxy S22 Treasure Hunt Samsung

Review Prestasi Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

 


Review Prestasi Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

Review Prestasi Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
 

Galaxy S22 Plus kelihatan sangat serupa dengan Galaxy S21 Plus tahun lepas, kecuali modul kamera punyai warna yang sama dengan badan. Untuk S21 Plus, kawasan kontur kamera adalah warna yang berbeza.

Galaxy S22 Plus dan paparan FHD+nya, memberikan hasil yang cantik pada skrin peranti ini. Khabarnya, ini adalah paparan terbaik yang pernah dilihat pada telefon pintar, mengalahkan paparan iPhone 13 Pro. Dengan kecerahan puncak 1,750 nits, keterlihatan luar tidak menjadi masalah dengan Galaxy S22 Plus.
 

Review Prestasi Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

Review Prestasi Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

Review Prestasi Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

Review Prestasi Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
 

Antara fungsi yang kami suka ialah fungsi RAM Tambahan yang mana pengguna boleh menambahnaik prestasi RAM dari minima 2GB sehinga ke maksima 8GB mengikut penggunaan yang mereka perlukan. Sebagai contoh, jika anda lebih banyak menggunakan permainan grafik, pasti mahukan ia lebih jelas dan laju sepadan dengan grafik yang cantik, maka anda boleh menambah RAM Plus ini kepada maksima 8GB.

Sebaliknya, jika anda hanya sekadar akses internet biasa, membuat panggilan, dan aktiviti ringan, cukup hanya menggunakan 2GB RAM sahaja.
 

Review Prestasi Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
 

Dari segi keselamatan, jangan sesekali risau, ia mempunyai fungsi face recognition (pengenalan muka), biometric, pattern, code dan beberapa fungsi yang boleh menyekat dari mereka yang tidak berkenaan untuk akses ke telefon pintar anda.
 

Review Prestasi Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
 

Penggunaan yang maksima, mungkin tidak lagi menjadi masalah kepada bateri peranti ini. Bagi kegunaan biasa, anda boleh menggunakannya sehingga tempoh 36 jam. Untuk kami, kegunaan biasa, ia boleh bertahan lebih dari sehari setengah sebelum ia kehabisan kasa.

Namun, tidak juga menjadi masalah kerana, Samsung punyai teknologi pengecasan pantas yang terbukti boleh memanjangkan lagi hayat penggunaan telefon pintar anda. Sebagai contoh, kami mengecas bateri pada jam 6.20 pagi pada kadar batery 45%, dan selepas 44 minit kemudian, ia sudah mengecas sehingga 96%. Sangat cepat dan anda boleh akses ke laman Facebook, TikTok, Instagram atau YouTube tanpa risau kehabisan bateri.
 

Review Prestasi Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
Pengecasan Pantas Samsung

Review Prestasi Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia
Pengecasan Pantas Samsung

 

Ya, kami juga akses kepada permainan Mobile Game sesekali. Untuk aplikasi permainan Need For Speed No Limits ini, ia mempnyai grafik yang agak besar dan pastinya memerlukan sokongan prosessor dan pemacu grafik yang lebih baik untuk menghasilkan gambar dan permainan yang lebih lancar.

Beli Samsung Galaxy S22 Plus di sini

Bila dah guna Galaxy S22 Plus, tak perlu risau, ia umpama bermain didepan komputer dengan pengalaman yang lebih ‘mobile’. Syiokkk!

Kesimpulannya, satu lagi peranti terbaik terhasil dari teknologi Samsung. Tak perlu sangsi dengan telefon pintar ini, pasti akan memberikan kepasan kepada pemiliknya bertahun-tahun lamanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.