Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Promosi Matta Fair Mac 2014 Tak Berbaloi Beli Pakej Kali Ni

Matta Fair 2014 sudah melabuhkan tirainya pada hari ini. Tawaran pakej percutian ke seluruh destinasi menarik seluruh dunia bermula pada 14, 15 dan 16 Mac 2014 di Dewan PWtC, Kuala Lumpur. Apa komen anda untuk Matta Fair Mac 2014? Bagi MrJocko, Review Promosi Matta Fair Mac 2014 Tak Berbaloi Beli Pakej Kali Ni. 

Pengalaman MrJocko, pagi tadi sampai di PWTC jam 10.30 pagi. Orang masih tak ramai dan MrJocko ke sana dengan motorsikal, jadi tak ada masalah untuk cari tempat parking. Jimat duit parking dan kesesakkan jalan raya.

Review Promosi Matta Fair Mac 2014

 

Review Promosi Matta Fair Mac 2014

Lokasi Matta Fair 2014 masih menggunakan 4 dewan termasuk Hall 1, Hall 2, Hall 3 serta satu lagi Hall 1A, yang berada di tingkat satu. Rasanya kali ini Matta Fair Mac 2014 lebih padat berbanding Matta Fair tahun 2012, tahun terakhir MrJocko ke sana. Ternyata di Matta Fair tahun ini, punyai banyak tawaran murah, menarik dan pelbagai pakej yang membuatkan anda teruja.

 

Review Promosi Matta Fair Mac 2014

 

review-Matta-Fair-2014

 

review-Matta-Fair-2014

  

Lihat sahaja pakej ke Korea, Tokyo, Vietnam, Eropah dan juga lokasi dalam negeri. Banyak tawaran yang menarik dan diskaun pakej sehingga 70%, memang hebat.

Antara yang banyak tumpuan di Matta Fair 2014 tadi ialah lokasi Korea Selatan, Taiwan dan juga Australia. Boleh kata memang kaunter Travel Agent semua penuh dengan potensi pembeli. Nampaknya orang Malaysia memang masih punyai wang lebih untuk melancong. Masih mampu untuk berjimpa dan orang Malaysia, ramai yang banyak duit 😉 

Seluruh dewan MrJocko jelajah dan sempat menziarahi Booth rakan PR yang MrJocko kenal seperti Zack di A’Famosa Resort, Tourism Authority of Thailand, Tourism Malaysia dan juga kaunter Leisure Travel Magazine.

Nampaknya memang Matta Fair Mac 2014 ini tidak berbaloi kerana MrJocko tak beli satu pun pakej. Tak berbaloi pusing 4 dewan, lenguh kaki tetapi tak beli apa-apa. Tak berbaloi kerana sanggup tahan lapar makan tengahari.

Harap bulan-bulan akan datang ada tawaran tajaan untuk trip lagi dalam Malaysia dan ke luar negara supaya selepas ini MrJocko tak perlu lagi beli pakej untuk travel,,, Ameennn 😉

 Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.