Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Queen Central Hotel Ho Chi Minh City Vietnam

Kali terakhir kami melawat Vietnam ialah pada tahun 2017. Kali ini, kesempatan transit dari Kuala Lumpur ke Seoul, kami pilih untuk singgah semalam di Ho Chi Minh. Rezeki kali ini, kami dapat menginap ditengah bandaraya Ho Chi Minh dan tinggal di Hotel Friendly Muslim. Ini perkongsian kami, Review Queen Central Hotel Ho Chi Minh City Vietnam selama 2 hari 1 malam.

Baca : Hotel Yang Cantik Di Ho Chi Minh

review queen central hotel

 


Review Queen Central Hotel Ho Chi Minh City Vietnam

review queen central hotel
 

Konsep bangunan hotel 3 bintang atau setaraf di Ho Chi Minh agak lebih kurang sama. Biasanya lobi hotel akan berada di tingkat G, tetapi ia berada di tingkat 1 kerana dibahagian bawah biasa dikhususkan untuk kedai atau ruang parkir yang kecil.

Bilik kami mempnyai kati bersaiz Queen, kemudahan TV LCD dengan siaran basic Saluran Vietnam, kemudahan Cerek, Mini Fridge dan juga bilik air yang agak luas. Cuma, pemandangan diluar agak terhad kerana kedudukan bangunan yang agak sempit. Secara keseluruhan, dengan harga sekitar VND800,000 (RM150), ia boleh dikatakan agak selesa.

Tambahan pula, ia terletak betul-betul di Jalan Malaysia Ho Chi Minh, hanya beberapa meter dari Ben Thanh Market. Kiri dan kanan banyak kemudahah restoran halal dan juga kedai yang menjual pelbagai barangan murah di Ho Chi Minh.
 

review queen central hotel

review queen central hotel

review queen central hotel

review queen central hotel

review queen central hotel

review queen central hotel
 

Kalau korang cadang nak cari hotel yang lebih bagus, jangan risau. Ho Chi Minh juga ada banyak pilihan hotel mewah, Namun, jika diberi pilihan, terdapat beberapa hotel mesra Muslim di Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam yang memenuhi keperluan pengembara Muslim. Berikut adalah beberapa pilihan:

InterContinental Saigon: Hotel ini menawarkan makanan halal dan menyediakan surau untuk tetamu.

Hotel Nikko Saigon: Hotel ini mempunyai restoran yang disahkan halal dan boleh menyediakan sejadah atas permintaan.

Sheraton Saigon Hotel & Towers: Hotel ini mempunyai dapur yang disahkan halal dan boleh menyediakan sejadah atas permintaan.

Pullman Central Saigon: Hotel ini menawarkan makanan halal dan sejadah atas permintaan.
Lotte Legend Hotel Saigon: Hotel ini mempunyai dapur yang disahkan halal dan boleh menyediakan sejadah atas permintaan.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa walaupun hotel ini menyediakan makanan halal dan kemudahan solat, masih dinasihatkan untuk membuat pengesahan dengan mereka terlebih dahulu untuk memastikan pihak hotel dapat memenuhi keperluan khusus anda selama berada di hotel.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.